HomeUtamaHajiji harap Jabatan Kastam dapat tingkatkan pungutan hasil

Hajiji harap Jabatan Kastam dapat tingkatkan pungutan hasil

Read Time:2 Minute, 0 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berharap Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Zon Sabah yang berjaya memugut hasil sebanyak RM 2,098,625,366.45 bagi tahun 2022, dapat dipertingkatkan lagi pada tahun 2023.

Katanya, peranan JKDM amat penting dalam pembangunan negara kerana kesemua hasil yang dikutip itu akan disalurkan untuk menjana projek-projek pembangunan dan kesejahteraan rakyat.

“Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada warga JKDM Zon Sabah di atas kejayaan memungut hasil bagi tahun 2022. Saya berharap agar jumlah hasil pungutan ini dapat dipertingkatkan lagi bagi tahun 2023 ini.

“Walaupun tahun 2023 merupakan tahun mencabar untuk penjawat awam terutamanya dari segi ekonomi. Sebagai pemungut hasil utama negara sudah pasti JKDM akan menempuh pelbagai rintangan dan cabaran ini”, katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Makan Malam Amal anjuran Persatuan Pegawai Kanan Kastam Sabah di Grand Ballroom Shangrila Tanjung Aru Resort, hari ini.

Teks ucapan Hajiji dibacakan oleh Menteri Kewangan Negeri, Datuk Seri Panglima Haji Masidi Manjun.

Hajiji percaya, selagi warga kastam terus bekerja dengan etika perkhidmatan jabatan iaitu Amanah, Berkhidmat, Ikhlas, Dedikasi (ABID) lebih banyak hasil dapat dikutip kerana slogan ABID juga dapat membantu meningkatkan prestasi dan keunggulan imej JKDM.

Katanya, JKDM layak digelar Wira Ekonomi Negara atas komitmen dalam meningkatkan ekonomi negara, selain telah memainkan peranan yang penting dalam menyediakan fasilitasi dan kemudahan dalam menggiatkan pelabur luar terutama ke negeri Sabah.

Menurutnya, ekonomi gelap (black economy) yang wujud daripada aktiviti penyeludupan yang berleluasa daripada sumber yang menyalahi undang-undang sebuah negara perlu dihapuskan serta merta kerana ia memberi Impak yang negatif kepada negara.

Beliau berkata, pihak Kastam harus sentiasa waspada dan bersiap sedia dalam usaha menghapuskan aktiviti penyeludupan dalam era dunia tanpa sempadan, yang menggunakan bantuan teknologi komunikasi dan maklumat terkini yang semakin canggih.

“Justeru usaha harus dilipatgandakan bagi membanteras setiap bentuk kegiatan penyeludupan di negeri ini. Saya percaya Kastam mempunyai kekuatan yang cukup dari segi tenaga manusia, logistik dan sistem bagi menangani aktiviti penyeludupan di negeri ini. Adalah menjadi tanggungjawab Jabatan ini untuk memastikan supaya hasil negara tidak jatuh ke tangan yang tidak berhak”, tegasnya.

Hajiji berharap warga JKDM mengamalkan integriti yang kukuh dan utuh dalam melaksanakan tugas dan menolak budaya rasuah agar tidak menjadi amalan di negara ini. Tanpa integriti yang kukuh dan utuh, sudah pasti sesebuah negara itu akan musnah.

Beliau juga berharap warga JKDM terus berganding bahu dan berusaha keras untuk membantu negara memacu semula pertumbuhan ekonomi ke suatu tahap yang lebih baik.

RELATED ARTICLES
Utama

Kerjasama SPSB, DPW menjadikan Sabah sebagai hab transhipment

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya