HomeUtamaJANS diminta jawab panggilan careline dari pengguna

JANS diminta jawab panggilan careline dari pengguna

Read Time:1 Minute, 31 Second

Kota Kinabalu : Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) diingatkan agar menjawab panggilan telefon yang dibuat pengguna di negeri ini menerusi talian carelinenya.

Menurut laporan akhbar berbahasa inggeris NST, Timbalan Ketua Menteri Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, ianya perlu memandangkan jabatan berkenaan berada dibawah kementerian yang amat berkait rapat dengan rakyat.

“Orang awam perlu tahu apa yang kita lakukan, masalah dan cabaran yang kita hadapi, jadi mereka akan faham.  Ini bukan kritikan ataupun menuding jari.

“Sebagai contoh, kawasan Kingfisher dan Manggatal telah menghadapi masalah bekalan air, dan banyak aduan disalurkan kepada saya, Jabatan Air perlu memaklumkan kepada pengguna,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat kepada kakitangan dibawah Kementerian Kerja Raya (KKR)Sabah di sini semalam.

Ketika ditanya mengenai talian khidmat careline yang tidak berfungsi, Shahelmey yang juga Menteri Kerja Raya berkata, perkara itu adalah disebabkan kekurangan tenaga kerja selain kempen berterusan untuk memotong bekalan air bagi pengguna yang tidakmembayar bil.

“Mungkin disebabkan itu, ramai yang membuat panggilan untuk bertanyakan status (bekalan air) mereka untuk menjelaskan bil dan bekalan air bermeter dipulihkan.

“Kerajaan negeri telah memberi kuasa kepada Jabatan Air untuk mula mengambil kakitangan baharu. Tetapi, sudah tentu (urusan) melibatkan pengambilan kakitangan tambahan tidak boleh dilakukan semalaman kerana mereka perlu melalui proses itu, kami menjangkakan kakitangan baharu akan datang pada bulan Jun (atau selepasnya,”katanya.

Dalam pada itu,Shahelmey mahu warga KKR Sabah menambah baik penyampaian perkhidmatan kepada rakyat negeri ini. 

Katanya, warga KKR Sabah perlu meningkatkan lagi mutu penyampaian perkhidmatan kepada rakyat dalam mencapai Hala Tuju Sabah Maju Jaya.

“Dalam tempoh dua bulan ini, saya melihat menjadi satu keperluan untuk menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan di peringkat kementerian beserta jabatan dan agensi yang di bawah KKRS.

“Menjadi harapan saya agar pesanan yang ringkas pada malam ini akan menjadi peringatan bagi semua warga KKRS supaya terus memperbaiki kualiti sistem penyampaian perkhidmatan kepada rakyat,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : 12 elemen penting diberi tumpuan tingkat potensi belia...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya