HomeUtamaJKDM capai sasaran kutip RM2.1 bilion

JKDM capai sasaran kutip RM2.1 bilion

Read Time:56 Second

Kota Kinabalu : Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Zon Sabah berjaya memungut hasil kutipan cukai sebanyak RM2.1 bilion seperti yang disasarkan pada tahun lepas.

Pengarah JKDM Zon Sabah, Mohd Nasir Deraman berkata, ia merupakan hasil sumbangan levi dari kelapa sawit, petroleum dan juga aktiviti cukai dalam negeri.

Katanya, ia termasuk cukai perkhidmatan dan jualan serta aktiviti daripada pelabuhan Sepanggar merupakan sumbangan terbesar.

“JKDM ditetapkan untuk memungut hasil dan pada awal tahun ini diberi unjuran disebabkan oleh keadaan ekonomi.

“Pada peringkat awal, agak rendah berbanding tahun lepas iaitu bagi Zon Sabah RM 1.6 billion termasuk Wilayah Persekutuan Labuan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu, di sini semalam.

Terdahulu, Presiden Persatuan Bekas Penuntut Maktab Sabah (OSCA), Pangiran Putra Pangiran Omar dan rombongan turut membuat kunjungan hormat bagi memperkenalkan barisan Jawatankuasa OSCA Sesi 2022/ 2024 yang baharu, selain memaklumkan perkembangan persatuan berkenaan kepada Tun Juhar selaku Penaung.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan majlis makan malam amal bagi mengutip dana untuk membina bangunan OSCA yang di Likas akan diadakan pada 28 Oktober depan.

RELATED ARTICLES
Utama

Kerajaan GRS bawa Sabah ke arah kemajuan lebih signifikan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya