HomeSukanPengadil, penjaga garisan Sri Pahang bertemu Sabah FC gagal kenal pasti kesalahan...

Pengadil, penjaga garisan Sri Pahang bertemu Sabah FC gagal kenal pasti kesalahan – Dr Mohamad

Read Time:2 Minute, 17 Second

Kota Kinabalu : Pengadil dan penjaga garisan pada aksi perlawanan Sri Pahang menentang Sabah FC pada saingan Liga Super di Stadium Darul Makmur Ahad lalu dilihat gagal mengenalpasti kesalahan yang berlaku menyebabkan pengendali skuad Badak Datuk Ong Kim Swee dilayangkan kad merah.

Perkara itu dinyatakan Pensyarah Sukan dan Rekreasi Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Profesor Madya Dr Mohamad Nizam Nazarudin.

Katanya, kesalahan yang dilihat itu gagal dikenal pasti sama ada disebabkan tidak kompeten atau disengajakan.

Menurutnya, coram pembuatan keputusan pengadil dan penjaga garisan yang bertugas turut dilihat telah menimbulkan keraguan.

Tambahnya lagi, berdasarkan statistik perlawanan di dapati Sri Pahang telah melakukan 12 kesalahan dan Sabah FC dengan 23 kesalahan manakala setiap pasukan hanya dikenakan 1 kad kuning.

“Analisis menunjukkan 10 minit pertama sahaja pengadil telah mengenakan enam kali kesalahan terhadap Sabah FC dan jelas telah menjejaskan corak permainan Sabah FC. Secara keseluruhannya dari 23 kesalahan tersebut hampir separuh boleh dipertikaikan keputusan pengadil.

“Selain itu, analisis juga menunjukkan Sri Pahang telah melakukan enam kesalahan yang tidak dikesan oleh pengadil walaupun dipertikaikan oleh pemain Sabah FC.

“Penjaga garisan juga didapati tidak membantu pengadil dalam mengesan kesalahan tersebut. Analisis jelas menunjukkan sebanyak dua insiden dimana Sabah FC sepatutnya dianugerahkan dua sepakan penalti akibat kekasaran di dalam kotak penalti yang gagal dikesan walaupun kedudukan pengadil yang begitu hampir,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dr Mohamad berkata, impak dari insiden itu mengakibatkan Sabah FC kehilangan peluang untuk mendapat tiga mata penuh.

Katanya, kajian sebelum ini juga mendapati pengadil yang bertugas itu pernah diambil tindakan digantung dan diturunkan ke divisyen perlawanan lebih rendah.

“Tidak hairanlah jika jurulatih Sabah FC mempertikaikan keputusan pengadil. Persoalan yang timbul hasil dari dapatan analisis ini ialah adakah pengadil perlawanan benar-benar kompeten sebelum dilantik… Adakah pengadil bebas dari dipengaruhi oleh pihak luar.

“Bagaimanakah pihak bertanggungjawab akan memastikan setiap pengadil perlawanan kompeten dan tidak dipengaruhi oleh sumber lain? dan Apakah tindakan yang perlu diambil agar kejadian ini tidak berlaku lagi,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Mohamad berkata, kajian terhadap prestasi pengadil khususnya dalam liga bolasepak Malaysia amatlah menarik dan banyak persoalan boleh dijawab.

Katanya, setiap pasukan telah mengeluarkan perbelanjaan besar dalam menyediakan pasukan dan menyertai pertandingan namun pemain tidak dapat menunjukkan prestasi sebenar malah keputusan perlawanan bukan disebabkan prestasi mereka.

“Saya juga mengesyorkan setiap pasukan mempunyai penganalisis prestasi masing-masing dan bukan sahaja menganalisis pemain tetapi juga terhadap pengadil perlawanan.

“Memahami corak kepengadilan seseorang pengadil itu juga dapat membantu strategi pasukan pada masa akan datang,” katanya.

Pada aksi perlawanan itu, situasi tegang berlaku pada minit ke-67 permainan menyaksikan pengendali Sabah, Datuk Ong Kim Swee, dilayangkan kad merah selepas melakukan bantahan kepada pengadil bertugas.

Difahamkan, Kim Swee meluahkan kekecewaannya ekoran tiada tindakan yang diambil selepas Darren Lok ditolak dalam kotak penalti Sri Pahang. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
SukanUtama

Ram Singh dilantik sebagai Presiden Persatuan Memanah Negeri Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular