HomeIsu tempatanLelaki maut, kenderaan dipandu bertembung treler

Lelaki maut, kenderaan dipandu bertembung treler

Read Time:49 Second

SANDAKAN: Seorang lelaki maut dalam kemalangan jalan raya selepas kereta yang dipandu bertembung dengan sebuah treler di Kampung Pelantong, Beluran dekat sini pagi tadi. (15 Mac)

Mangsa dikenali sebagai Juslin Jussip, 45, disahkan meninggal dunia oleh pihak pegawai perubatan yang berada di tempat kejadian.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 9.35 pagi tadi.

“Pasukan Bomba tiba di lokasi kejadian mendapati satu kemalangan melibatkan sebuah kenderaan jenis treler bertembung dengan perodua Kelisa.

“Terdapat seorang mangsa terlibat dilaporkan tersepit di tempat duduk pemandu Perodua Kelisa.

“Pasukan Bomba bertindak mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan Rescue Tools, bagaimanapun mangsa disahkan telah meninggal dunia oleh pihak pegawai perubatan.

“Mangsa diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan selanjutnya. Manakala pemandu lori treler tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Menurutnya, pasukan Bomba membuat pemeriksaan di sekitar kawasan untuk memastikan tiada kemerbahayaan lain yang wujud dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 10.30 pagi.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lapan finalis berentap dalam kategori remaja MTHQ

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya