HomeSukanSabah FC menentang Penang FC, tiket fizikal dijual bermula esok

Sabah FC menentang Penang FC, tiket fizikal dijual bermula esok

Read Time:1 Minute, 2 Second

KOTA KINABALU: Tiket fizikal akan dijual bermula esok (16 Mac) bagi menyaksikan perlawanan Liga Super, Sabah FC menentang Penang FC, di Stadium Likas pada Jumaat ini.

Ketua Penyelaras Venue Sabah FC, Shamsuddin Mohd Shah berkata, penjualan tiket akan bermula pada jam 10 pagi hingga jam 5 petang.

Katanya, perlawanan dijadualkan bermula pada jam 8.15 malam namun para penonton digalakkan supaya datang seawal jam 5.30 petang.

“Ia bagi mengelakkan kesesakan terutamanya di pintu masuk stadium dengan jangkaan kehadiran ribuan penyokong yang memberi sokongan padu kepada pasukan Sabah FC.

“Peminat dan penonton juga dinasihatkan supaya membawa tiket atas talian dan Mykad masing-masing untuk pemeriksaan masuk ke stadium,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Shamsuddin berkata, harga tiket di kawasan berbumbung adalah sebanyak RM32 untuk dewasa dan RM23 bagi kanak-kanak.

Manakala katanya, kawasan ‘Old Fortress’ pula bernilai RM22 untuk dewasa serta RM16 bagi kanak-kanak.

“Begitu juga dengan kawasan PT Zone dan Scoreboard yang dijual pada harga RM15 bagi dewasa dan RM11 untuk penonton kanak-kanak,” katanya.

Sehubungan dengan itu, beliau turut menegaskan pihaknya juga akan terus memandang serius terhadap pematuhan barang larangan seperti membawa bendera dan kain rentang berunsurkan politik.

“Penonton juga tidak dibenarkan membawa botol minuman, payung dan helmet masuk ke dalam stadium,” tegasnya.

RELATED ARTICLES
Utama

Malaysia: Rakyat Derita Kesihatan Mental  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya