HomeIsu tempatanPKLM UMS terima lawatan penanda aras dari UPSI

PKLM UMS terima lawatan penanda aras dari UPSI

Read Time:1 Minute, 18 Second

Kota Kinabalu : Pusat Kelestarian Libatsama Masyarakat (PKLM), Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah menerima lawatan penanda aras daripada Pusat Transformasi (UCTC), Universiti Pendidikan Sultan Idris baru-baru ini.

Pengarah PLKM, Dr. Elia Godoong memberitahu, program yang berlangsung selama dua hari itu antara lain bertujuan untuk membincangkan peluang kolaborasi antara pihak UPSI dan UMS dalam rencana membangunkan pusat rekreasi Edu Forest @ Kampus.

“Selain itu perbincangan mengenai program pemindahan ilmu (KTP) antara PKLM dan UCTC dalam membantu membangunkan komuniti melalui transformasi kemahiran-kemahiran yang terdapat di Universiti.

“Di samping itu, ini juga bagi membantu dalam meningkatkan penyelidikan dan inovasi di Universiti,” katanya dalam satu kenyataan ketika menerima lawatan delegasi dari UPSI tersebut.

Dalam pada itu, Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Kasim Hj Mansor ketika ditemui di Galeri Azman Hashim (GAH) semasa sesi lawatan menzahirkan sokongan padu terhadap peluang kolaborasi antara PKLM dan UMS dalam pembangunan Universiti sejajar dengan matlamat lonjakan 11 teras KPT.

“Semoga jalinan kerjasama ini akan terus utuh dan memberikan impak yang positif terhadap kedua-dua universiti khususnya serta kepada komuniti setempat,” katanya.

Pengarah UCTC UPSI, Prof. Madya Dr. Mohd Azlan Nafiah turut merakamkan penghargaan kepada pihak PKLM atas kerjasama sepanjang sesi lawatan merangkumi lawatan ke beberapa tempat menarik di UMS seperti Nurseri Fakulti Perhutanan dan Tropika (FPT), SFERA@UMS, Institut Biologi Tropika dan Pemuliharaan (IBTP), Puncak UMS dan GAH.

Sesi lawatan tersebut diakhiri dengan pra bengkel yang telah diadakan di PKLM bertujuan merumuskan hasil dapatan melalui lawatan dua hari tersebut.

Hadir sama, wakil Dekan FPT, Mohd. Abdullah Abd. Ghani yang merupakan Ketua Projek SFERA@UMS. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Sambutan raya JPJ platform eratkan silaturahim

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya