Read Time:25 Second
Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Dubai : Tapisan sepenuhnya akan dibuat terhadap semua pelaburan asing dan domestik yang masuk ke negeri ini sekali gus perlu memenuhi kriteria ditetapkan.
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, selepas semua kriteria dipenuhi barulah Kerajaan Negeri akan membuat pengumuman secara rasmi.
“Merujuk kepada pertemuan dengan sekumpulan pelabur baru-baru ini ini, ianya tiada sebarang keputusan dibuat.
“Semua cadangan perlu diteliti dan barulah Kerajaan Negeri akan buat pengumuman,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – SABAH MEDIA