HomeUtamaKePKAS sambut baik pengumuman tiga syarikat penerbangan utama China

KePKAS sambut baik pengumuman tiga syarikat penerbangan utama China

Read Time:1 Minute, 18 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kuala Lumpur : Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS) Sabah menyambut baik pengumuman rasmi mengenai jadual penerbangan terus ke Kota Kinabalu dari Shenzhen, Xiamen dan Shanghai tahun ini melalui syarikat penerbangan utama China.

Menterinya Datuk Christina Liew berkata, sebelum ini perkhidmatan penerbangan itu telah dihentikan disebabkan Pandemik COVID-19 sejak 2020 sehingga 2022.

Katanya, pengumuman itu dibuat oleh pegawai tinggi syarikat penerbangan China yang berpejabat di Kuala Lumpur yang masing-masing daripada China Southern Airlines, Xiamen Airlines dan China Eastern Airlines.

“Pengurus Besar China Southern Airlines Eric Wang Xu mengesahkan kepada saya bahawa syarikat penerbangan itu akan beroperasi semula dari Shenzhen ke Kota Kinabalu bermula 29 April. 

“Terdapat tiga penerbangan setiap minggu iaitu pada hari Selasa, Khamis dan Jumaat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Christina berkata, Pengurus Besar Xiamen Airlines Gao Ya Shuang, syarikat berkenaan  turut mengumumkan penerbangan terus mereka dari Xiamen ke Kota Kinabalu pada sekitar Mei.

Selain itu katanya, Pengurus Besar China Eastern Airlines Li Bin juga menjelaskan bahawa pihaknya akan menyambung semula penerbangan dari Shanghai ke Kota Kinabalu pada Jun atau Julai depan.

“Ini merupakan masa yang tepat dilakukan oleh tiga syarikat penerbangan China ini, ia juga petanda baik bagi usaha kerajaan negeri bagi memulihkan industri pelancongan di Sabah,” katanya.

Sementara itu, Christina mengingatkan pihak Pengurusan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK) agar menambah baik kualiti tandas awam dan memastikan kebersihan kemudahan itu pada setiap masa.

“Sila ambil langkah sewajarnya untuk memastikan bekalan air sentiasa mencukupi bagi mengelakkan sebarang bau busuk dari tandas,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Australia perkukuh hubungan kerjasama dengan Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya