Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Kota Kinabalu: Isteri Yang di-Pertua Negeri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni mengetuai 300 peserta berbasikal dalam acara KK City Fun Ride di sini pagi tadi.
Kayuhan sejauh 50 kilometer itu dilepaskan oleh Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Norliza Awang Alip di Padang Merdeka, Kota Kinabalu seawal jam 7.00 pagi.
Toh Puan Norlidah mengetuai konvoi kayuhan melalui empat perhentian (checkpoint) bermula dari Menara Kinabalu sebagai perhentian pertama dan Tanjung Lipat sebagai perhentian terakhir sebelum ke garisan penamat di Padang Merdeka.
Program berkenaan merupakan salah satu acara yang diadakan sempena sambutan Hari Bandaraya Kota Kinabalu yang ke-23.
Turut menyertai kayuhan KK City Fun Ride, Setiausaha Perhubungan Yang di-Pertua Negeri, Datuk Mohd Rashid Mohd Tahir.