Bot nelayan tempatan gajikan pendatang asing ditahan

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:58 Second

KOTA KINABALU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya menahan sebuah bot nelayan tempatan yang telah menggajikan pendatang asing sebagai pekerja di posisi lebih kurang 13 batu nautika barat Pulau Mengalum lebih kurang pukul 5.00 petang semalam.

Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah berkata, pemeriksaan ke atas bot tersebut menemui seramai 15 orang kru termasuk tekong yang disyaki warganegara Filipina.

“Hasil pemeriksaan lanjut ke atas dokumen pengenalan diri mendapati hanya empat orang memiliki pasport, manakala baki 11 orang kru mengemukakan dokumen yang
meragukan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut Mohd Rosli, pemeriksaan dokumentasi turut mendapati lesen bot berkenaan telah tamat tempoh. Selain itu, pemeriksaan juga mendapati bot berkenaan menggunakan senapang sedutan atau tempuling dan racun bagi tujuan tangkapan ikan.

“Kesemua 15 orang, bot beserta hasil tangkapan disita dan ditahan untuk siasatan lanjut. Kes disiasat dibawah Akta Imigresen 1959 serta Akta Perikanan 1985.

“Maritim Malaysia menyeru kepada komuniti maritim untuk terus menyalurkan sebarang maklumat kesalahan jenayah laut yang berlaku di perairan Malaysia, khususnya di sekitar perairan negeri Sabah dengan menghubungi talian Pusat Operasi MN Sabah dan W.P Labuan di 088-387774,” katanya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *