HomeUtamaDana baiki jambatan gantung Kampung Kaiduan diluluskan

Dana baiki jambatan gantung Kampung Kaiduan diluluskan

Read Time:1 Minute, 14 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Papar : Sebanyak RM55,000 peruntukan diluluskan bagi pembaikan jambatan gantung di Kampung Kaiduan di sini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali berkata, naik taraf infrastruktur itu akan dapat memudahkan pergerakan penduduk dalam menjalani aktiviti harian. 

“Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri telah meluluskan keperluan tersebut serta merta kerana jambatan Kaiduan juga menjadi akses pendidikan dan sosioekonomi masyarakat setempat.

“Kita tahu jalan itu menjadi penghubung kepada komuniti di sini walaupun bilangan rumah penduduk tidak banyak. Kalau kita ke Tamu Kinarut, terdapat penjual dari Kampung Kaiduan bergerak seawal dua pagi untuk memastikan sampai di Pekan Kinarut sebelum subuh,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlsi pelancaran Program Kampung Siaga 221: Komuniti Berdaya Tahan Bencana Kampung Kaiduan di sini semalam.

Armizan berkata, oleh itu, adalah perlu bagi pihaknya membantu masyarakat mendapatkan pendapatan dengan menyelesaikan isu perhubungan agar mereka dapat membawa keluar hasil pertanian untuk dijual.

Pada program yang sama, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) memberi sumbangan berjumlah RM 10,200 melibatkan 102 penerima pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Kaiduan.

Sumbangan bertujuan meringankan beban keluarga pelajar yang akan memulakan sesi persekolahan 2023-2024 pada 20 Mac ini dan sebagai motivasi murid belajar lebih cemerlang. 

Selain itu, bagi menyantuni penduduk  kurang berkemampuan, Yayasan Felda dan Bahagian Kawal Selia FELDA turut memberi sumbangan bakul makanan kepada 200 keluarga dari Kampung Kaiduan, Kampung Bisuang dan Kampung Bolotikan.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : Kerajaan tidak benarkan pembinaan Rumah SMJ dibina di...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya