HomeUtamaMAFS sentiasa beri sokongan kepada pemain industri di Sabah

MAFS sentiasa beri sokongan kepada pemain industri di Sabah

Read Time:1 Minute, 8 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) sentiasa memberi sokongan padu kepada semua pemain industri khususnya di negeri ini.

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Chan Foong Hin berkata, pihaknya sedia mengadakan perbincangan jika ada isu masalah, cadangan serta idea bagi memajukan sektor pertanian dan makanan negara.

Katanya, ia selaras dengan polisi dan dasar Kerajaan Perpaduan dari semasa ke semasa.

“Malaysia sememangnya terkenal sebagai sebuah negara majmuk yang rakyatnya berbilang kaum. Kepelbagaian ini telah menyebabkan negara kita kaya dengan pelbagai jenis makanan tradisi.

“Seiring perkembangan dan kemajuan teknologi, muncul pula pelbagai makanan baharu yang terhasil daripada inovasi. Ada sesetengahnya berasal daripada makanan tradisi yang kemudiannya diinovasikan secara kreatif mengikut citarasa Malaysia.

“Inovasi kreatif seperti ini jika dapat diintegrasikan dengan teknologi IT hari ini seperti kepintaran buatan (Al), robotik dan loT pastinya akan mampu meningkatkan lagi standard kualiti dan hasil pengeluaran tanaman dan makanan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Sabah International Food Expo (SIFEX) 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini semalam.

Foong Hin berkata, adalah penting bagi golongan muda terlibat secara aktif dalam pertanian pintar agar kualiti dan standard dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa.

Katanya, dana boleh dipohon melalui pelbagai insentif modal yang disediakan oleh kerajaan sepertimana yang diumumkan Perdana Menteri semasa pembentangan Bajet 2023 baru-baru ini dengan agensi pembiayaan seperti Agrobank. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Malaysia: Rakyat Derita Kesihatan Mental  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya