HomeSukanPenganjuran 'Lamo Dart Tournament' berjaya

Penganjuran ‘Lamo Dart Tournament’ berjaya

Read Time:58 Second

Tamparuli: Kelab Dart Lapai Molisau (Lamo Dart Club) berjaya menganjurkan Pertandingan Dart Terbuka Lapai Molisau di Dewan Kampung Molisau, Tenghilan di sini kelmarin.

Kejohanan yang diadakan selama dua hari itu menyaksikan sebanyak tiga kategori iaitu kategori berpasukan (three some), berpasangan wanita dan perseorangan (single) lelaki.

Dalam acara Three Some, pasukan dari Lapai, ‘Gigi Betagar’ dianggotai oleh Revelyn Kundipau, Agustine Lowson, dan Timmie Jamleh, muncul juara setelah menewaskan pasukan ‘Silent Checker’, dianggotai Arnold Maurice, Tomy Jamleh dan Jamleh Kumpas.

Manakala Terry Jamleh, Rex Jasni dan Thomas Jamleh, dari pasukan ‘Dart Junky’ memenangi hadiah tempat ketiga.Bagi kategori perseorangan (single) lelaki, Tomy Jamleh muncul juara menewaskan adik beliau, Timmie Jamleh.

Manakala Joanes Robert Johnny memenangi tempat ketiga setelah menewaskan Roni Julian.

Sementara itu, bagi kategori berpasukan wanita pula, pasangan Nancy Julian dan Rukine Sami (KD) muncul juara dengan menewaskan pasangan Marina Marcus dan Winna Garagad (GS).

Manakala di tempat ketiga ialah pasangan Nurul Azyan Hayati dan Nur Aimmie Athirra Rivelliea Timmie (U.O Darts).

Kesemua juara menerima hadiah berupa piala pusingan (bersama), hamper dan wang tunai.

Acara pembukaan pertandingan telah disempurnkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Molisau, Yemil Eku. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

Sabah FC perlu penyerang baharu, atasi bahagian serangan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular