George dilantik Ketua Bahagian Karamunting Gagasan Rakyat

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:50 Second

SANDAKAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karamunting George Hiew Vun Zin telah dilantik secara rasmi sebagai Ketua Bahagian Karamunting Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) hari ini.

Beliau menerima watikah pelantikan tersebut di ibu pejabat Gagasan Rakyat di Kota Kinabalu hari ini.

Presiden Gagasan Rakyat Datuk Seri Hajiji Noor yang berada di luar negara hari ini telah diwakili oleh Naib President Gagasan Rakyat, Datuk Masiung Banah dalam penyerahan watikah pelantikan tersebut.

George berkata, beliau akan terus memperkasakan perkhidmatan untuk rakyat dan membangunkan kemudahan infrastruktur di kawasan Karamunting.

“Gagasan Rakyat adalah sebuah parti tempatan berbilang kaum yang berupaya mempertahankan perjuangan rakyat Sabah. Pendirian politik parti ini adalah untuk melindungi hak-hak rakyat Sabah dan membawa pembangunan yang lebih pesat di dalam Sabah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, Gagasan Rakyat Bahagian Karamunting akan mengukuhkan struktur organisasi dan membawa lebih ramai ahli baru dan menambah cawangan bahagian tersebut.

“Kami akan menambah keahlian dari kalangan mereka yang mempunyai matlamat dan pendirian yang sama dengan Gagasan Rakyat,” katanya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *