HomeUtamaTeruja mahu ke sekolah, tiada 'drama' tangisan murid

Teruja mahu ke sekolah, tiada ‘drama’ tangisan murid

Read Time:1 Minute, 50 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Pelbagai telatah dan gaya yang mencuit hati dapat dilihat pada anak-anak murid tahun satu yang memulakan hari pertama persekolahan sesi 2023/2024 pada hari ini.

Tinjauan ke Sekolah Kebangsaan (SK) Api-Api pagi tadi mendapati rata-rata ibu bapa terutamanya murid tahun satu dilihat datang seawal jam 6 pagi untuk menghantar anak mereka ke sekolah.

Selain itu, pekeliling baharu yang dikeluarkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk tidak mengadakan kelas akademik pada minggu pertama sesi persekolahan turut mendapat respon positif dikalangan ibu bapa.

Bagi seorang ibu, Nur Zyhana Simudah berkata, pekeliling itu dilihat amat baik khususnya dalam membiasakan murid kepada persekitaran sekolah.

“Bagi saya, ia merupakan satu perkara yang baik sebab sebelum ini anak saya bersekolah di sekolah swasta yang hanya tertumpu dikawasan rumah, namun kali ini anak saya dapat diperkenalkan dengan suasana sekolah yang benar-benar sekolah sebelum masuk ke darjah satu.

Nur Zyhana Simudah

“Anak saya baru pra-sekolah tahun ini, jika disebut pasal karenah, syukur buat masa ini tiada masalah, semua seperti biasa khususnya untuk bangun pagi,” katanya ketika ditemui pada sesi hari pertama persekolahan sesi akademik 2023/2024 di SK Api-Api di sini hari ini.

Pada sesi hari pertama itu, Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) Abidin Marjan turut melakukan tinjauan operasi hari pertama persekolahan di sekolah berkenaan.

Sementara itu, bagi seorang bapa, Alsid Mohd Kabil berkata, anaknya yang memasuki darjah satu tidak mempunyai masalah untuk memulakan sesi persekolahan tahun ini.

“Anak saya macam biasa tidak meragam untuk ke sekolah kerana sebelum ini dia sudah biasa bergaul dengan kawan-kawannya.  Sifat keterujaan untuk hadir ke sekolah sudah timbul seminggu sebelum buka sekolah.

Alsid Mohd Kabil

“Mengenai pekeliling yang dikeluarkan KPM, bagi saya ia merupakan satu inisiatif yang baik dan budak-budak boleh rasa selesa sebagai permulaan di sekolah,” katanya.

Pada 15 Mac lalu, Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Pkharuddin Ghazali berkata, tiada kelas akademik diadakan pada minggu pertama sesi persekolahan 2023/2024.

Menurut Pkharuddin, sebaliknya ia diisi dengan penerapan nilai-nilai jasmani, emosi, rohani, sosial dan intelek.

Sementara itu, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pekeliling baharu itu dikeluarkan setelah penelitian yang lama agar langkah itu memberi impak kepada pihak terlibat. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan Potong Berakhir Tragedi: Isteri Pemandu Maut di Lokasi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular