HomeSukan10 acara sukan wajib dipertandingan pada SAGA X 2023

10 acara sukan wajib dipertandingan pada SAGA X 2023

Read Time:1 Minute, 16 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Sebanyak 10 acara sukan wajib akan dipertandingkan pada kejohanan Sukan Sabah (SAGA) bagi edisi ke-10 pada tahun ini.

Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Angin berkata, selain acara sukan wajib, 13 lagi acara sukan pilihan turut dipertandingkan pada kejohanan yang akan berlangsung selama seminggu bermula 16 Disember depan.

“Pada edisi penganjuran kali ini, daerah Kota Kinabalu akan menjadi hos penganjur dimana penganjuran sebelum ini terpaksa ditangguhkan pada 2021 ekoran penularan wabak COVID-19.

“Antara sukan wajib yang akan dipertandingkan adalah badminton; bola sepak; boling padang; berbasikal; hoki; karate; memanah; olahraga; pencak silat dan sepak takraw,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk SAGA X Kota Kinabalu di sini hari ini.

Ellron berkata, selain itu, 13 acara pilihan lain adalah angkat berat; bola jarring; bola keranjang; bola tampar; golf; muay thai; ping pong; pétanque; ragbi; tenis; tinu; wushu dan e-Sport.

Katanya, pihaknya berharap agar penganjuran edisi ke-10 kali ini dapat mencungkil selain melahirkan bakat baharu sebagai aset negeri untuk bersaing di pentas lebih tinggi.

Dalam pada itu, Ellron berkata, peruntukan kewangan subsidi bagi pemilihan atlet SAGA bagi 27 daerah yang mewakili daerah masing-masing telah disalurkan Majlis Sukan Negeri Sabah (MSNS) kepada Pejabat daerah berjumlah RM400,000 secara keseluruhan.

“Bagi peralatan sukan untuk persediaan latihan serta pemilihan atlet pula telah diserahkan MSNS ke semua 27 daerah melalui Pegawai Pengelola Bahagian/Daerah, Kementerian Belia dan Sukan secara berperingkat pada Februari lalu yang berjumlah RM232,000,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

Pasukan futsal lelaki Sabah sasar juara pada Sukan MAKSAK 2024

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya