HomeSukanAcara e-Sport diteruskan pada kejohanan SAGA X 2023

Acara e-Sport diteruskan pada kejohanan SAGA X 2023

Read Time:1 Minute, 30 Second

Kota Kinabalu : Acara bagi sukan elektronik atau e-Sport bakal diteruskan lagi pertandingannya pada kejohanan Sukan Sabah (SAGA) bagi edisi ke-10 yang akan diadakan selama tujuh hari bermula 16 Disember depan.

Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Angin berkata, daerah Kota Kinabalu bakal menjadi hos penganjur kejohanan selepas Keningau berjaya menjadi hos penganjuran bagi edisi ke-Sembilan pada tahun 2019.

Katanya, daerah Kota Kinabalu merupakan hos penganjur pada tahun 2021 namun tertangguh kerana penularan wabak COVlD-19.

“Acara sukan e-Sport yang dipertandingkan bagi edisi ini adalah Mobile Legend,PES 2022 dan TEKKEN 7 selain ianya akan dibahagi kepada dua kategori iaitu kategori lelaki dan kategori wanita.

“Pada kejohanan SAGA di Keningau, dua jenis sukan e-Sport diadakan sebagai pertunjukan sahaja iaitu MOBILE LEGENDS : BANG BANG dan DOTA 2,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk SAGA X Kota Kinabalu di sini hari ini.

Ellron berkata, meskipun sukan itu merupakan industri sukan yang masih baharu dalam negara namun ia berkembang dengan begitu pesat seiring dengan perkembangan teknologi pada masa kini.

Katanya, selain menjana pendapatan dan meningkatkan kemahiran, sukan e-Sport mampu memupuk budaya semangat berpasukan yang sihat di kalangan penggiat sukan ini.

“Antara objektif penganjuran sukan e-Sport adalah bagi menjadi medium bagi mempromosi sukan elektronik kepada para belia negeri Sabah.

“Selain itu ianya sebagai pendedahan dan persiapan penganjuran sukan elektronik di temasya SAGA tahun ini serta dapat membentuk hubungan silaturahim dan jaringan kerjasama yang baik antara pasukan, pemain, penaja dan pemimpin setempat.

“Sukan elektronik ini juga dapat menyediakan platform kepada penggiat sukan untuk mengembangkan minat dan kemahiran dalam sukan e-sport selain memupuk semangat dan budaya berpasukan yang sihat di kalangan belia khususnya penggiat sukan ini,” katanya.

Tambahnya, penganjuran sukan itu juga dilihat dapat mencungkil bakat baharu yang berpotensi dalam industri sukan elektronik. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

Sabah FC perlu penyerang baharu, atasi bahagian serangan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular