HomeIsu tempatanDua maut, kenderaan terbabas sendiri

Dua maut, kenderaan terbabas sendiri

Read Time:51 Second

SANDAKAN: Dua lelaki maut dalam kemalangan jalan raya apabila kenderaan yang dinaiki terbabas sendiri lalu merempuh pokok di Jalan Utara Batu 5 Sandakan awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek berkata, dalam kejadian 1.15 pagi tadi (21 Mac) berlaku kemalangan maut melibatkan sebuah kenderaan jenis Toyota Hilux ( Pickup ), terbabas sendiri di Jalan Utara Batu 5 Sandakan.

“Hasil siasatan awal Polis, sebelum kemalangan berlaku kenderaan terbabit dipandu lelaki bersama seorang penumpang masing-masing berumur 22 tahun dari batu 4 menghala ke Taman Mawar.

“Tiba dilokasi kejadian, kenderaan tersebut hilang kawalan lalu terbabas ke tengah pembahagi jalan dan merempuh pokok.

“Akibat impak kemalangan ini, pemandu meninggal di lokasi kejadian dan penumpang disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Dutchess of Kent (HDOK),” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Menurutnya, siasatan kes kemalangan diklasifikasikan dibawah Sek. 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, pasukan petugas Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sandakan turut membantu mengeluarkan mangsa dari dalam kenderaan yang terlibat dalam kemalangan itu.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

PSI Universiti Oxford, UMS catat sejarah jalin kerjasama dalam penyelidikan pandemik

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular