HomeIsu tempatanPemimpin akar umbi diseru bantu Kerajaan berhubung permasalahan rakyat

Pemimpin akar umbi diseru bantu Kerajaan berhubung permasalahan rakyat

Read Time:1 Minute, 27 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Tamparuli : Semua pemimpin masyarakat khususnya ketua kampung dan ketua masyarakat Cina di daerah ini diseru untuk sentiasa menjadi mata dan telinga kerajaan bagi mengetahui permasalahan rakyat dibawah jagaan di kawasan masing-masing.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Jahid Jahim berkata, ia termasuklah dari segi aspek ekonomi dan sosial di kawasan masing-masing.

Katanya, tugas pemimpin masyarakat dilihat tidak semudah yang disangka selain ditambah dengan harapan tinggi oleh penduduk setempat.

“Saya berharap dengan segala khidmat bakti yang diberikan oleh Kerajaan dapat dibalas dengan usaha gigih yang berterusan.

“Selain itu, saya juga berharap dengan adanya bangunan baru Mahkamah Anak Negeri Tenghilan ini dapat membuka peluang untuk menunjukkan bakat kepimpinan yang ada dalam diri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mahkamah Anak Negeri (MAN) Tenghilan di sini hari ini.

Hadir sama, Penolong Pegawai Daerah Tamparuli, Herman Tunggiging, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah (JHEANS), Majaran Osman; Penolong Pegawai Daerah (Pentadbiran) Tuaran, Alfian Rahim dan Ketua Daerah Tamparuli, OKK Jular Harung.

Jahid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamparuli berkata, para pemimpin masyarakat juga diseru untuk tidak segan memberikan idea dan pandangan dalam usaha untuk memaju serta membantu masyarakat di kawasan masing-masing.

“Kerajaan sebelum ini telah melantik ketua-ketua kaum seperti Ketua Daerah, Ketua Anak Negeri untuk menganggotai MAN bagi mengadili sebarang kesalahan adat seperti perbicaraan kes yang ada kaitan dengan adat resam kaum yang ada di negeri ini.

“Justeru, dengan adanya bangunan baru MAN Tenghilan ini, ilmu pengetahuan berkenaan bidang tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan dapat ditingkatkan selain menjaga imej MAN,” katanya.

Dalam pada itu, Jahid turut berharap agar semua pemimpin masyarakat dapat menjaga hal ehwal adat istiadat agar terus dimartabatkan sebagai warisan kepada generasi akan datang. – SABAH MEDIA.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Maritim Malaysia tahan bot lakukan aktiviti pemindahan minyak tanpa kebenaran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular