HomeUtamaBalai Cerap Al-Biruni mercu tanda Islam, perkembangan ilmu falak di Sabah

Balai Cerap Al-Biruni mercu tanda Islam, perkembangan ilmu falak di Sabah

Read Time:1 Minute, 18 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Putatan : Balai Cerap Al-Biruni Negeri Sabah yang terletak di Tanjung Dumpil di sini merupakan antara salah satu mercu tanda Islam dan perkembangan ilmu falak di negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, Sabah amat bertuah kerana memiliki sebuah balai cerap yang menjadi antara 29 lokasi rasmi temmpat melihat anak bukan di seluruh negara.

“Pembinan balai cerap ini adalah untuk memudahkan kita menentukan dengan tepat kedatangan awal Ramadhan , Syawal dan Zulhijjah selain menetapkan tarikh dua hari raya besar umat Islam iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha serta bermulanya ibadah puasa di bulan Ramadhan .

“Selain itu, Balai Cerap Al-Biruni ini juga dimanfaatkan sepenuhnya sebagai pemangkin bagi penyelidikan pendidikan yang berkaitan dengan ilmu falak dan astronomi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Ru’yah Hilal Rasmi (Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah) seterusnya Majlis Ru’yah Hilal Ramadhan Tahun 1444H/2023M bagi negeri Sabah di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Ketua Menteri Datuk Ir Shahelmey Yahya.

Hadir sama Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri Datuk Ruslan Muharam dan Mufti Kerajaan Negeri Sabah Datuk Ustaz Bungsu @ Aziz Jaafar.

Hajiji berkata, balai cerap itu juga akan dibuka sebagai salah satu destinasi pelancongan yang menarik di negeri ini sesuai dengan hala tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

“Kerajaan negeri amat komited dalam pelaksanaan majlis sebegini demi maslahah umat Islam khususnya di negeri Sabah dan Malaysia keseluruhannya.

“Justeru majlis ini juga diharap akan berupaya mencetuskan minat terhadap penerokaan ilmu astronomi atau ilmu falak khususnya dalam kalangan rakyat di negeri ini,” katanya. – SABAH MEDIA.

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular