Imej anak bulan Ramadhan terlihat kali pertama

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:28 Second

Kota Kinabalu : Balai Cerap Al Biruni Negeri Sabah hari ini melakar sejarah apabila berjaya menyaksikan imej anak bulan Ramadhan buat kali pertama.

Proses cerapan yang bermula jam 6.26 petang itu dilakukan oleh lapan ahli pencerap diketuai oleh Mufti Kerajaan Negeri, Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar.

Sehingga jam 6.48 petang, imej anak bulan tersebut terlihat jelas menerusi teleskop khas.

Hadir pada majlis tersebut ialah Timbalan Ketua Menteri III, Datuk Ir Shahelmey Yahya yang juga Menteri Kerja Raya mewakili Ketua Menteri Sabah.

Turut hadir, Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri, Datuk Ruslan Muharam.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *