HomeIsu tempatanKlinik Pergigian Alawa perluas khidmat pergigian kepada masyarakat

Klinik Pergigian Alawa perluas khidmat pergigian kepada masyarakat

Read Time:1 Minute, 58 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu: Klinik Pergigian Alawa, Hospital Universiti Malaysia Sabah (HUMS) sedia untuk menampung keperluan perkhidmatan pergigian bukan hanya kepada warga kakitangan dan pelajar UMS sahaja, tetapi turut diperluaskan kepada orang awam.

Pengarah HUMS, Prof. Dr. Helen Benedict Lasimbang berkata, ini selepas dua unit bilik pergigian di Pusat Rawatan Warga (PRW) UMS sebelum ini telah dinaik taraf untuk menjadi sebuah Klinik Pergigian yang merupakan salah satu dari Projek Pembangunan HUMS di bawah peruntukan Kementerian Pendidikan Tinggi.

Katanya, rawatan pergigian yang mula diperkenalkan pada tahun 2007 di PRW sebelum ini hanya menawarkan rawatan asas seperti cabutan gigi dan scaling kepada pesakit dalam kalangan warga kakitangan dan pelajar UMS sahaja kerana fasiliti yang kurang lengkap dan ruang yang sempit.

“Ruangan yang sempit pada ketika itu telah dinaik taraf ke ruangan yang lebih luas dan mempunyai fasiliti yang lebih canggih sebelum ini, dan sudah pun memadai untuk diperluas penggunaannya kepada orang awam.

“Salah satu faktor perluasan perkhidmatan ini adalah bagi mencapai dan mengangkat nilai tanggungjawab sosial korporat dan nilai kemanusiaan, kerana semua golongan tidak mengira umur, bangsa, agama, kakitangan atau bukan kakitangan UMS berhak untuk menerima perkhidmatan kesihatan yang ada,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena majlis perasmian klinik tersebut di PRW yang disempurnakan oleh Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Kasim Mansor.

Helen turut memaklumkan, pada masa ini hanya tiga bilik surgeri dilengkapkan dengan kemudahan kerusi pergigian yang selesa, dan HUMS akan menambah dua unit lagi kerusi pergigian bagi melengkapkan kelima-lima bilik surgeri tersebut agar lebih ramai pesakit dapat dirawat dalam satu masa.

“Dalam masa yang sama, makmal pergigian turut dibangunkan untuk mewujudkan perkhidmatan pembuatan gigi palsu (fleksibel atau acrylic), sports mouthguard atau nightguard, dan Removeable Orthodontic Appliance.

“Di samping itu, perkhidmatan X-Ray pergigian iaitu OPG, Lateral Cephalogram dan IOPA turut disediakan pada harga yang amat berpatutan,” katanya.

Sementara itu, Kasim dalam ucapan perasmiannya berharap dengan wujudnya Klinik Pergigian Alawa HUMS, objektif dan matlamat sebenar penubuhannya dapat dijalankan dengan baik.

“Kita mahu dengar maklum balas pesakit yang datang menceritakan perkhidmatan yang terbaik dengan harga yang sangat perpatutan di klinik ini.

“Harapan saya Klinik Pergigian Alawa dapat memberikan manfaat kepada semua pihak, sementara kualiti dan mutu perkhidmatan yang diberikan perlu dipertingkatkan dari masa ke semasa.

“Begitu juga dengan kepelbagaian perkhidmatan kesihatan yang ditawarkan dan disediakan di HUMS diharap mampu menampung keperluan dan tuntutan semasa,” ujar beliau. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lapan finalis berentap dalam kategori remaja MTHQ

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya