HomeUtamaSentiasa amal disiplin kewangan dalam penyaluran bantuan - Masidi

Sentiasa amal disiplin kewangan dalam penyaluran bantuan – Masidi

Read Time:1 Minute, 21 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan  Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) diingatkan supaya sentiasa mengamalkan disiplin kewangan apabila membelanjakan peruntukan bantuan seperti Bantuan Orang Susah (BOS).

Menteri Kewangan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, ADUN dan Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) juga perlu melengkapan dan menyerahkan laporan perbelanjaan yang diperlukan bagi membantu Kerajaan Negeri memantau keberkesanan dan capaiannya.

Katanya, ia adalah bagi memastikan peruntukan itu sampai kepada komuniti sasaran yang disasarkan.

“Laporan itu juga penting untuk jabatan berkaitan menjejaki keberkesanan dan capaian bantuan itu selain Kementerian Kewangan dapat mengekalkan penarafan kewangan lima bintang yang menjadi antara yang terbaik di negara ini.

“Laporan itu tidak direka untuk menyusahkan Yang Berhormat (YB) atau PPM, tetapi ia adalah salah satu daripada langkah Kerajaan untuk memastikan peruntukan itu sampai kepada khalayak atau penerima yang dimaksudkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis taklimat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sabah dengan UPPM di sini semalam.

Katanya, peruntukan sebanyak RM100,000 bagi agihan BOS di setiap 73 DUN serta penyerahan laporan hendaklah dilaksanakan secara konsisten dan tidak disimpan selain dibelanjakan hanya pada akhir tahun.

“Saya berharap semua PPM akan dapat memainkan peranan mereka dalam mengagihkan BOS secara adil kepada orang yang benar-benar memerlukan bantuan,” katanya.

Sementara itu, Masidi turut mengingatkan PPM untuk memastikan peralatan yang dipinjamkan kepada orang ramai melalui program Homeward di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat dijaga untuk memaksimumkan bilangan orang yang boleh mendapat manfaat daripada mereka dalam jangka panjang.

“Adalah menjadi harapan kami apabila pelanggan atau pesakit pulih, peralatan itu kemudiannya boleh dipinjamkan orang lain yang juga layak dan benar-benar memerlukan,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : SDB agresif dalam usaha struktur, pulihkan hutang lapuk

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya