HomeUtamaProjek perumahan rakyat akan dibina di Kg Serusup

Projek perumahan rakyat akan dibina di Kg Serusup

Read Time:1 Minute, 11 Second

TUARAN: Satu lagi projek perumahan rakyat akan dibina di Kampung Serusup, 4 kilometer dari pekan di sini, di mana kerajaan negeri menyediakan 1,853 unit rumah mampu milik untuk golongan B40.

Pengerusi Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) Datuk Masiung Banah berkata, LPPB dijangka melaksanakan projek tersebut dalam tempoh terdekat sebaik sahaja perjanjian tambahan usahasama (kali kedua) dengan pemaju ditandatangani selepas bulan Ramadan ini.

Katanya, seluas 15.61 ekar di dua lokasi berdekatan telah diwartakan untuk mendirikan perumahan tersebut mengandungi lima blok apartmen yang menelan belanja RM406 juta, ” katanya semasa melawat tapak cadangan projek itu, semalam.

Menurut Masiung, daripada bilangan itu, tiga blok apartment mengandungi 1,062 unit dibina di tapak seluas 8.92 ekar.

“Selebihnya, dua blok lagi mengandungi 792 unit dibina bersebelahan di atas tanah seluas 6.69 ekar dengan jarak lokasi 500 meter,” katanya.

Masiung yang juga Wakil Rakyat Kuamut berkata, projek perumahan mampu milik berkenaan merupakan inisiatif kerajaan negeri memenuhi keperluan tempat kediaman rakyat terutama golongan B40.

Beliau berkata, projek perumahan itu dijangka siap pada 2025. Setiap unit rumah apartmen mengendungi dua bilik akan dijual pada kadar RM250 ribu ke atas.

“Perumahan mampu milik itu dilaksanakan secara usahasama dengan pemaju tempatan,” katanya.

Semasa lawatan tapak itu, Masiung diiringi Timbalanya, Datuk Jamilah Antalip dan Ahli-ahli Lembaga Pengarah LPPB. Pengurus Besar, Rosemary Ahping, Pengurus Komersial, Della Sindul dan Pegawai Tanah, Isidore Lajawah dan turut hadir bersama wakil Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah Sabah.

RELATED ARTICLES
EkonomiUtama

Capital A Hantar Pelan Pemulihan kepada Bursa Malaysia untuk Keluar dari...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular