HomeUtama6 kilang proses makanan ditutup serta merta gagal patuhi kebersihan

6 kilang proses makanan ditutup serta merta gagal patuhi kebersihan

Read Time:2 Minute, 0 Second

SANDAKAN: Sebanyak enam kilang pemprosesan makanan di sekitar daerah Sandakan diarah tutup serta merta kerana gagal mematuhi piawaian kebersihan menerusi satu operasi mengejut yang dijalankan oleh Pejabat Kesihatan Kawasan Sandakan dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di sini, baru-baru ini.

Pegawai Kesihatan Kawasan Sandakan, Dr Johari Awang Besar, berkata, operasi pemeriksaan mengejut keatas sepuluh buah kilang proses makanan di daerah Sandakan sepanjang bulan Mac tahun ini yang terdiri daripada enam kilang sembelih ayam dan empat kilang roti lyang dikenal pasti masih beroperasi di daerah Sandakan.

Katanya, operasi bermula jam 8.30 pagi dan berakhir jam 1.00 petang itu bermatlamat untuk memastikan premis sentiasa berkeadaan bersih, kemas dengan mewujudkan Jaminan Keselamatan Makanan.

“Dua agensi penguatkuasa terlibat secara bersepadu menjalankan operasi tersebut terdiri Pejabat Kesihatan Kawasan Sandakan dan Pihak Berkuasa Tempatan (MPS). Seramai 10 orang Pegawai Berkuasa dari semua agensi terlibat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Dr Johari, hasil pemeriksaan telah mengesan dua buah rumah sembelihan dan empat kilang roti gagal mematuhi kehendak dibawah Seksyen 11(Premis tidak suci) dibawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan 9 dibawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

“Premis diarahkan tutup serta merta selama 14 hari untuk memberi ruang bagi kerja-kerja pembersihan dan sementara itu juga enam notis kompaun dibawah seksyen 32B turut dikeluarkan kerana gagal Mengadakan Program Jaminan Keselamatan Makanan sepeti yang diwajibkan keatas semua kilang proses makanan,’ katanya.

Pada sesi taklimat sebelum operasi bermula, Dr Johari mengucapkan terima kasih diatas kerjasama dan komitmen yang diberikan dalam membantu melancarkan perjalanan operasi kali ini.

Beliau mengalu-alukan sebarang aduan jika mendapati rumah sembelihan atau mana-mana premis memproses makanan yang tidak mengutamakan kebersihan agar tindakan pembetulan segera dapat diambil.

Dalam pada itu, Dr Johari berkata, kesalahan lain ditemui iaitu pekerja tidak memiliki Kad Kesihatan berserta sijil kursus pengendali makanan, Lantai bangunan licin, berlumut dan kotor, perkakas dan peralatan tidak diselenggara dengan baik, kemudahan perparitan tidak berfungsi dengan baik dan pengurusan sampah serta sisa buangan tidak diurus dengan sempurna.

Katanya, perbuatan seumpama ini sudah tentu akan memberi gambaran tidak baik kepada sumber bekalan daging ayam segar di daerah Sandakan dan mengundang kepada ketidakpuasan hati pelanggan berkompromi pada sebarang ketidak patuhan arahan yang dikeluarkan.

“Bagi memastikan bekalan roti dan ayam bagi daerah Sandakan adalah berkualiti dan selamat untuk dimakan, Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan Pejabat Kesihatan kawasan Sandakan akan sentiasa memantau premis makanan bagi memastikan makanan yang dijual kepada masyarakat adalah selamat dan berkualiti,” ujarnya.

RELATED ARTICLES
Utama

Juliah santuni anak-anak istimewa PPDK Tuaran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya