HomeIsu tempatanProgram '1st Day At School' bendung pelajar melibatkan diri dalam jenayah

Program ‘1st Day At School’ bendung pelajar melibatkan diri dalam jenayah

Read Time:2 Minute, 23 Second

TAWAU: Polis Daerah Tawau bersama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Tawau erat kerjasama bendung salah laku pelajar di sekolah dalam Program ‘1st Day At School’ yang diadakan semalam.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Bin Hussin berkata, program ini adalah bertujuan untuk menjalinkan hubungan serta mengeratkan kerjasama yang berterusan diantara Polis Diraja Malaysia (PDRM) Tawau dengan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Tawau dalam meningkatkan keyakinan ibu bapa penjaga tentang keselamatan anak-anak mereka untuk hadir ke sekolah.

“Program ini juga merupakan kolaborasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan harapan agar kerjasama ini dapat membantu menghindarkan pelajar daripada terlibat dalam salah laku, penglibatan dalam gejala yang tidak sihat dan penglibatan jenayah sama ada di dalam mahupun di luar sekolah.

Selain itu, program ini bertujuan bagi meraikan kehadiran pelajar sekolah bersama-sama disamping menunjukkan tanggungjawab polis dalam pencegahan jenayah di kalangan pelajar sekolah.

“Antara objektif utama program ini adalah untuk sesi ramah mesra dan perkenalan diantara Pegawai dan Penolong Pegawai Perhungan Sekolah (PPS) dengan pihak sekolah selain bertujuan menyantuni pihak pengurusan sekolah, ibu bapa dan pelajar serta mendapatkan maklumat mengenai jenayah yang berlaku di sekolah dalam konteks pencegahan jenayah,” katanya ketika ucapan pelancaran Program ‘1st Day At School’ bagi tahun 2023 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tawau, semalam.

Jelasnya, program yang telah disusun atur oleh Bahagian Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (BPJKK) IPD Tawau ini juga merupakan kesinambungan program yang telah dijalankan sepertimana tahun-tahun sebelumnya yang mana melibatkan kehadiran semua Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) yang telah dilantik untuk hadir di hari pertama pembukaan sekolah.

ACP Jasmin juga sempat memberikan kata-kata semangat kepada para pelajar sekolah yang akan memulakan pembelajaran mereka pada minggu ini.

Ujarnya, program seperti ini dilihat dapat memberi impak yang positif selain dapat bertukar-tukar pendapat serta maklumat dan diharapkan dapat diteruskan di masa-masa yang akan datang bagi memastikan kerjasama diantara Polis Diraja Malaysia (PDRM) IPD Tawau dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Tawau sentiasa terjalin dengan baik dan erat.

Mengulas lanjut, beliau berkata pegawai perhubungan sekolah di daerah ini telah dilantik, berdasarkan rekod, sebanyak 22 daripada 83 jumlah sekolah adalah terdiri daripada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK), 54 Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) dan 7 adalah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC).

Tinjauan yang dibuat hari ini mendapati ibu bapa mula menghantar anak-anak yang bersekolah pada seawal jam 6.15 pagi.

Gelagat para pelajar di sekolah berkenaan dilihat lebih teruja dan bersemangat untuk memulakan sesi pembelajaran selepas pembukaan semula sesi persekolahan berikutan penundaan tarikh permulaan persekolahan.

Hadir sama dalam pelancaran program tersebut, Zamri Pehakan, Pegawai Pendidikan Daerah Tawau, Vaea Sarima, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Tawau, ASP Helmi Mat Yusoff, Ketua Unit Kereta Peronda (MPV) mewakili Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti IPD Tawau, ASP Ghazali Abdul Gani, Ketua Unit Rondaan Bermotosikal (URB), Abdul Majis Saprin, Pengetua SMK Tawau, Amir Kanje, Pengerusi YDP PIBG SMK Tawau, guru-guru dan pelajar-pelajar sekolah SMK Tawau.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

FSSK UMS jayakan seminar pergerakan kesatuan sekerja di Malaysia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular