Ketibaan pelancong Korea Selatan ke Sabah semakin meningkat

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 10 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu: Jumlah ketibaan pelancong dari Korea Selatan ke negeri ini semakin meningkat apabila seramai 21,541 orang dicatatkan pada bulan pertama tahun ini.

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Joniston Bangkuai berkata, ia merupakan peningkatan ketara kerana angka itu adalah hampir separuh daripada 55,152 ketibaan pelancong negara itu yang direkodkan sepanjang tahun lalu.

“Pasaran Korea adalah sangat penting bagi kami kerana negara itu adalah yang pertama dilawati oleh STB apabila sempadan dibuka semula April tahun lalu untuk terlibat dengan syarikat penerbangan dan ejen pelancongan di sana.

“Lonjakan pelancong Korea sebahagian besarnya adalah disebabkan oleh peningkatan penerbangan terus berjadual ke negeri ini dan ia sudah tentu tidak akan berlaku tanpa penglibatan rapat semua pihak,” katanya.

Joniston yang juga Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah (STB) berkata, Sabah juga mempunyai hubungan baik melalui Singapura; Filipina; Thailand; China; Taipei dan Brunei.

Katanya, pada masa ini terdapat 30 penerbangan terus secara mingguan dari Korea ke Sabah antara Kota Kinabalu melalui Incheon dan Busan.

“Ini berbeza dengan tahun sebelumnya, apabila hanya terdapat 16 penerbangan mingguan antara Kota Kinabalu dan Incheon.  Pulau, pantai dan padang golf Sabah adalah popular di kalangan pelancong Korea,” katanya.

Tambahnya, sebelum pandemic COVID-19, Sabah mencatatkan 396,700 pelancong dari Korea Selatan pada 2019 dan 337,100 pada 2018.  Semua pelancong itu merupakan ketibaan antarabangsa kedua terbesar selepas China. – SABAH MEDIA

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *