HomeIsu tempatanAnggota Bomba cedera terkena renjatan elektrik semasa operasi

Anggota Bomba cedera terkena renjatan elektrik semasa operasi

Read Time:52 Second

PAPAR: Seorang anggota Bomba mengalami kecederaan terkena renjatan elektrik semasa melakukan operasi pemadaman api dalam kejadian kebakaran sebuah rumah di Kampung Sabok Kinarut dekat sini tengahari tadi.

Dalam kejadian kira-kira 12 tengahari itu, mangsa Pegawai Bomba Bantuan (PBB) Mohd Qayyum Hamzah, 26, terkena renjatan elektrik dan mengalami cedera ringan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Sabah, berkata anggota yang cedera adalah pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar.

“Mangsa yang cedera telah dihantar ke Hospital Papar menggunakan jentera Pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, pihak Bomba menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian kebakaran itu pada jam 12.08 tengahari tadi (23 Mac).

“Setiba pasukan Bomba dari BBP Papar mendapati kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis separuh kekal telah terbakar 90 peratus.

“Operasi pemadaman menggunakan satu aliran dua pancutan sumber air dari jentera.

“Bagaimanapun operasi terkawal pada jam 12:37 tengahari dan sebaik sahaja memastikan tiada kemerbahayaan lain di lokasi kejadian, operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 2.20 petang,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

58 beg darah berjaya dikutip, bantu pesakit memerlukan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular