HomeIsu tempatan500 kanak-kanak, remaja terima bantuan peralatan sekolah

500 kanak-kanak, remaja terima bantuan peralatan sekolah

Read Time:1 Minute, 1 Second

Tuaran: Seramai 500 kanak-kanak dan remaja berusia lima hingga 17 tahun di daerah ini menerima alat tulis dan buku latihan percuma sempena program ‘Back To School’ di Arena Futsal Tuaran, Kampung Lok Batik di sini baru-baru ini.

Pengerusi Tuaran Youth Town Club (TYTC), Mohammad Ghazali Hajiji berkata, program bermula jam 8 pagi itu adalah inisiatif untuk meringankan beban ibu bapa menjelang pembukaan sesi baharu persekolahan.

Katanya, program anjuran TYTC itu turut menyediakan perkhidmatan gunting rambut secara percuma.

“Kebiasaannya kos untuk gunting rambut pelajar di kedai adalah antara RM7 hingga RM10, tetapi mereka diberikan perkhidmatan percuma menerusi program ini.

“Program ini juga bertujuan merapatkan hubungan silaturahim antara pengurusan TYTC dan masyarakat setempat,” katanya.

Mohammad Ghazali berkata, program itu diharapkan mampu membantu mempertingkatkan minat murid untuk hadir semula ke sekolah.

Turut diadakan, tiga kategori pertandingan mewarna bagi umur enam tahun dan ke bawah, tujuh hingga sembilan tahun serta sepuluh hingga 12 tahun.

Sementara itu, Asmah Maidin berkata, sambutan program ini mengurangkan sedikit beban keluarga yang kurang berkemampuan dan berpendapatan rendah dalam menyediakan kelengkapan sekolah anak-anak.

“Dalam fasa pemulihan pandemik Covid-19, perkhidmatan percuma dan bantuan ini sangat diperlukan ibu bapa yang kurang berkemampuan. Saya berharap program ini diteruskan setiap tahun,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

‘Dapur Kita-Kita’ bantu ringankan pekerja berpendapatan rendah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular