Pendaftaran pertandingan Sugandoi Kaamatan Tuaran mula dibuka

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:2 Minute, 15 Second

Tuaran : Pertandingan Sugandoi Kaamatan Daerah Tuaran kini dibuka bagi memilih tiga pemenang utama bagi mewakili daerah tersebut ke peringkat akhir di Pusat Kebudayaan Hongkod Koisaan (KDCA) Penampang tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Sugandoi Kaamatan Peringkat Daerah Tuaran, Herman Tunggiging, berkata, beberapa minggu lalu telah diadakan mesyuarat pertama bagi memilih senarai Jawatankuasa Sugandoi Kaamatan Daerah Tuaran 2023.

“Perbincangan turut diselitkan dengan perkara-perkara penting berkaitan Sugandoi yang perlu diambil kira, selain penambah baikan daripada penganjuran tahun lepas,” katanya.

Tuaran merupakan daerah terawal yang dijangka mengadakan pertandingan tersebut, memandangkan tahun ini Tuaran terpilih sebagai lokasi Majlis Perasmian Pembukaan Kaamatan 2023.

Menurutnya, sesi saringan akan diadakan pada 16 April 2023 bermula jam 10 pagi, manakala peringkat akhir pada 29 April 2023, jam 7 malam.

“Kali ini kita memilih lokasi saringan dan peringkat akhir kedua-duanya di Dewan Tun Hamdan Tamparuli,” katanya.

Menurut Herman, penyertaan pertandingan Sugandoi Kaamatan Peringkat Daerah Tuaran 2023 juga tertakluk kepada syarat-syarat peringkat Negeri seperti; peserta hendaklah seorang Warganegara Malaysia dari suku kaum KadazanDusun atau salah satu ibu/bapa atau Datuk/Nenek merupakan seorang KadazanDusun.

Selain itu, mana-mana peserta yang pernah memenangi gelaran Johan Sugandoi Dazanak, Sugandoi Terbuka atau Sugandoi Songkotoun Kaamatan Peringkat Negeri Sabah pada tahun-tahun sebelumnya, juga tidak dibenarkan untuk menyertai pertandingan ini.

“Pertandingan Akhir Sugandoi Kaamatan 2023 akan diadakan di pentas KDCA mengikut SOP yang telah ditetapkan, di mana setiap Daerah akan menghantar satu (1) wakil ke Pertandingan Sugandoi Kaamatan Peringkat Negeri.

“Peserta hendaklah membawa sebuah lagu bebas KadazanDusun semasa Peringkat Saringan nanti,” tambahnya.

Justeru, para peminat seni suara dari segenap pelusuk daerah Tuaran adalah dijemput untuk menyertai pertandingan tersebut.

Pilihan lagu adalah bebas (lagu mestilah dalam bahasa Kadazan Duzun Murut Rungus (KDMR) dan bersih daripada campur aduk bahasa lain).Umur bagi kategori Sugandoi Terbuka ialah 18 tahun ke atas, Songkotoun (60 tahun ke atas), dan Dazanak (12 tahun ke bawah).

Hadiah bagi kategori Sugandoi Terbuka adalah wang tunai, RM2,000, Naib Juara RM1,500, Ketiga RM1,000 dan Keempat RM 800.

Manakala Anugerah Persembahan Terbaik akan menerima wang tunai RM300, sementara Saguhati (Kelima hingga Kelapan) bakal menerima RM400.

Hadiah Sugandoi Dazanak adalah seperti berikut:

Juara – RM1,000

Naib Juara – RM800

Ketiga – RM600

Keempat – RM350

Persembahan Terbaik – RM250

Saguhati Kelima Hingga Kelapan – RM200

Berikut merupakam hadiah bagi Sugandoi Songkotoun:

Juara – RM800

Naib Juara – RM600

Ketiga – RM500

Keempat – RM300

Persembahan Terbaik – RM250

Saguhati Kelima hingga Kelapan – RM200

Yuran Pendaftaran Sugandoi Terbuka dan Dazanak adalah RM30, manakala yuran Sugandoi Songkotoun adalah RM20.

Sebarang maklumat lanjut dan bagi tujuan pendaftaran bolehlah menghubungi penama berikut:

LP Raphiel Pinus – 0198131468

Joanes Robert Johnny – 0129182206

Rozza Rothman – 0168249277

Dickler Mailson – 0128016257

Untuk rekod, Tema Pesta Kaamatan pada tahun ini ialah “Kaamatan membudayakan perpaduan atau “Kaamatan Enculturates Unity”Kaamatan (Mongubasanan Pisompuruan). – SABAH MEDIA

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *