HomeUtamaMUIS sokong usaha murni KDMRS Muslim dalam usaha outreach kebajikan, pendidikan asnaf...

MUIS sokong usaha murni KDMRS Muslim dalam usaha outreach kebajikan, pendidikan asnaf mualaf

Read Time:1 Minute, 18 Second

KOTA KINABALU: Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), menyokong usaha-usaha murni Pertubuhan Kadazan Dusun Murut Muslim (KDMRS Muslim) dalam usaha outreach kebajikan dan pendidikan di kalangan asnaf mualaf khususnya dan masyarakat di Sabah amnya.

Yang Di-pertua MUIS, Datuk Seri Yahya Hussin mengucapkan tahniah dan syabas kepada penganjur atas kejayaan menganjurkan Grand Iftar Perdana Amal, yang buat julung kalinya diadakan bagi meraih sumbangan untuk pelaksanaan Program Iftar Pedalaman KDMRS Muslim yang akan dilaksanakan di 12 daerah negeri Sabah.

“Iftar Pedalaman KDMRS Muslim merupakan program tahunan yang bertujuan untuk menyantuni masyarakat asnaf, mualaf dan keluarga mereka yang bukan Islam melalui program berbuka puasa bersama di Kampung-Kampung Pedalaman Sabah.

“Inilah keharmonian yang kita mahu tonjolkan dan raikan di Negeri Sabah kita yang tercinta ini. Ianya juga bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat Islam bahawa juga emosi dan spiritual.

“Dalam kita menjalankan ibadat puasa dan membuat persiapan untuk menyambut kemunculan bulan Syawal, kita wajar memikir tentang kepahitan sebahagian daripada masyarakat kita yang kurang bernasib baik dan mencari rezeki untuk menampung kos sara hidup,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Majlis Grand Iftar Perdana Amal Pertubuhan Kadazan Dusun Murut Muslim SeMalaysia pada tahun 2023 yang diadakan di Dewan Tun Sakaran, Raia Hotel di sini pada Ahad.

Sementara itu, selain acara berbuka puasa, solat Maghrib berjemaah, persembahan orkestra bambu, forum Islam dan bacaan Al-Quran, majlis turut meraikan tajaan yang diterima daripada Bahagian Zakat dan Fitrah, MUIS dengan acara penyerahan replika cek bernilai RM130,000 daripada Datuk Seri Yahya Hussin mewakili MUIS kepada Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif, KDMRS Muslim, Nicholas Sylvester.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : Kerajaan negeri puas hati dengan peranan ESSCOM sebagai...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya