Jetama Sdn Bhd sumbang dana kepada YNJ

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:50 Second

Kota Kinabalu :  Syarikat konsesi air Kota Kinabalu, Jetama Sdn Bhd menyumbangkan dana sebanyak RM100,000 kepada Yayasan Nur Jauhar (YNJ). 

Pengerusinya, Datuk Yussof Abdul Manan berkata selain kewangan, syarikat tersebut turut menyumbang 1,500 kotak kurma sebagai tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi mengimarahkan bulan Ramadhan dan perkongsian rezeki dengan golongan yang memerlukan.

Sumbangan disampaikan Yussof kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu, di sini semalam. 

Turut hadir, Timbalan Pengerusi Jetama  Water Sdn Bhd, Datuk Juhari Janan beserta Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Ahmad Naim Uddang, dan Pengurus Besar Kanan Jetama Energy Sdn Bhd, Julian Liew, Pengurus Besar Jetama Sdn Bhd, Lo Ho Min serta Pengurus Besar Jetama Water Sdn Bhd, Jude Abel Logijin.

Dalam pada itu, Tun Juhar menerima kunjungan hormat perpisahan Pengarah Pejabat Wilayah Sabah, Kementerian Luar Negeri Malaysia, Anwar Udzir yang telah berkhidmat di Sabah selama tiga tahun lapan bulan mulai 1 Ogos 2019.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *