HomeUtamaProgram Ukhuwah Ramadan mampu pupuk amalan gotong-royong, sukarelawan

Program Ukhuwah Ramadan mampu pupuk amalan gotong-royong, sukarelawan

Read Time:1 Minute, 15 Second

Kota Kinabalu : Pelaksanaan program ukhuwah Ramadan dilihat dapat memupuk amalan gotong-royong dan kesukarelawan selain berupaya membentuk jati diri di kalangan pihak Kerajaan melalui penjawatnya.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Datuk James Ratib berkata, ia juga dapat menyemarakkan lagi iltizam dan bersama berganding bahu antara Kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dalam melaksanakan aktiviti kebajikan.

“Pada majlis hari ini, sebanyak 1,800 pek bubur lambuk akan diagihkan kepada Masjid Nur Hidayah Taman Keramat, Masjid Jamek Kampung Likas, Masjid Al Kauthar Tanjung Aru, Masjid Al-Falah Kepayan, Madrasah Wakaf Islamiah Sabah dan agensi di bawah kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat. 

“Diharap program seumpama ini akan terus diperluaskan lagi agar semua golongan sasar akan mendapat manfaat,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena Program Ukhuwah Ramadan anjuran Jabatan Hal Ehwal Wanita (JHEWA) Sabah; Usahawan Intelek Sabah (SWISE) dan ADABI di sini hari ini.

James berkata, program itu juga merupakan salah satu usaha kebajikan Kerajaan serta NGO yang sentiasa komited dalam memperjuangkan dan membela nasib rakyat yang meliputi keseluruhan masyarakat tanpa mengira kaum dan fahaman politik. 

Katanya, ia juga dapat merapatkan lagi hubungan antara Kerajaan bersama NGO agar dapat menyantuni rakyat khususnya di Sabah.

“Adalah menjadi harapan saya agar lebih banyak persatuan NGO wanita di Sabah tampil dan memberi kerjasama dengan pihak JHEWA seiring dengan harapan mensejahterakan rakyat negeri Sabah. 

“Sudah pasti program seumpama ini juga akan dapat memberi manfaat kepada golongan sasaran iaitu masyarakat setempat, masjid, madrasah, warga Wisma Wanita dan agensi di bawah kementerian,” katanya. – SABAH MEDIA   

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular