HomeUtamaRakyat perlu terus bersatu padu untuk maju - Hajiji

Rakyat perlu terus bersatu padu untuk maju – Hajiji

Read Time:53 Second

TUARAN: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor mengajak rakyat negeri ini khusus umat Islam terus bersatu padu dan mengukuhkan kerjasama dalam menyambut bulan Ramadan Al-Kareem.

Katanya, dengan perpaduan yang kukuh dan utuh dikalangan rakyat berbilang kaum, kerajaan dapat merancang, membangun dan majukan negeri ini.

“Perpecahan akan merugikan kita. Untuk maju ke hadapan dan dihormati, kita mesti bersatu padu dan bekerjasama. Gunakan bulan Ramadan ini untuk kukuhkan perpaduan dan persefahaman”, katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Bantuan Ramadan 1444H Tahun 2023 di Masjid Haji Abd Razak Sabandar Tuaran, hari ini.

Hajiji yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman berkata, sejak menyandang jawatan Ketua Menteri, kesibukan tugas mentadbir negeri menyebabkan beliau mempunyai masa yang terhad bersama rakyat di kawasannya.

“Saya amat senang hati kerana dapat bertemu dengan rakyat di Kampung Sabandar dan berbuka puasa bersama dalam bulan Ramadan ini”, katanya.

Selain menyampaikan sumbangan kepada Masjid Haji Abd Razak Sabandar, Hajiji turut menyampaikan sumbangan Ramadan kepada seramai 77 orang asnaf, orang kelainan upaya (OKU), anak yatim dan ibu tunggal miskin dari kawasan Sabandar.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular