HomeUtama21 notis dikeluarkan kepada peniaga bazar Ramadan seluruh Sabah

21 notis dikeluarkan kepada peniaga bazar Ramadan seluruh Sabah

Read Time:1 Minute, 29 Second

Kota Kinabalu : Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) telah mengeluarkan sebanyak 21 notis kepada peniaga bazar Ramadan di seluruh Sabah selepas gagal mematuhi tatacara pengendalian makanan dan kebersihan premis perniagaan. 

Pengarah JKNS Datuk Dr Rose Nani Mudin berkata, semua notis itu telah dikeluarkan sepanjang pelaksanaan Ops Ramadan 2023 yang dilaksanakan pihaknya sejak semalam di seluruh Sabah.

“Menerusi Ops Ramadan ini, pihak kita telah mengeluarkan sebanyak 21 notis di bawah Seksyen 32B Akta Makanan 1983, di mana kesalahan seperti tidak memakai apron, berkuku panjang, tiada sijil kursus pengendali makanan, tiada suntikan vaksin tifoid, dan lain-lain boleh dikenakan kompaun.

“Selain itu, hasil dari operasi ini yang dijalankan di lima buah daerah iaitu di Kota Kinabalu; Papar; Kudat dan Sandakan telah berjaya memeriksa sejumlah 277 premis selain turut mengambil empat sampel makanan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas turut serta pada Ops Ramadan 2023 di Bazar Ramadan Lintasan Deasoka di sini hari ini.

Dr Rose Nani berkata, pihaknya turut menggerakkan seramai 725 anggota kesihatan bagi memantau tahap kebersihan penyediaan makanan di bazar Ramadan di negeri ini.

Katanya, operasi yang dijalankan penguatkuasa JKNS itu adalah bertujuan bagi memastikan peniaga mematuhi tatacara pengendalian makanan dan kebersihan premis perniagaan. 

“Hal ini perlu bagi menjaga kebersihan dan keselamatan makanan yang dijual kepada pengguna,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Rose Nani berkata, JKNS turut memperkenalkan penggunaan QR code di bazar Ramadan untuk pengunjung bazar menyalurkan aduan kebersihan pengendalian makanan melalui medium ini.

Katanya, selain daripada itu, aduan juga boleh ditujukan melalui Aduan WhatsApp Sabah Healthline di talian 019 860 2929 dan laman sesawang Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di pautan https://moh.spab.gov.my/eApps/system/index.do

“Orang awam diminta agar bijak memilih makanan yang sihat dan premis makanan yang bersih,” katanya. – SABAH MEDIA.

RELATED ARTICLES
Utama

Tiada kompromi 40 peratus, pertahankan hak perlembagaan Negeri Sabah – Hajiji

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular