HomeUtamaJANS diminta buat sistem catuan air berjadual, pastikan tangki tidak kosong di...

JANS diminta buat sistem catuan air berjadual, pastikan tangki tidak kosong di Sepanggar – Mustapha

Read Time:1 Minute, 41 Second

Oleh YUSOF MOHAMAD

SHAH ALAM: Ahli Parlimen Sepanggar, Mustapha Sakmud mahu pihak Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) supaya satu sistem pemantauan catuan air yang berjadual dilakukan bagi memastikan tangki sedia ada tidak berlaku masalah kekurangan air.

Mustapha berkata, cadangan ini adalah berikutan masalah ketiadaan bekalan air bersih yang semakin kritikal berlaku di kawasan Sepanggar, justeru beliau meminta supaya pihak berwajib melaksanakan catuan air yang betul-betul berjadual.

“Pastikan catuan air itu betul-betul berjadual, jangan tunggu kosong tangki itu baru kita salurkan.

“Sebab yang saya lihat, bila ada yang buat aduan kepada saya dan bila saya salurkan (aduan itu) kepada JANS, tidak lama ada pula air di kawasan tersebut.

“Kalau ada satu sistem pemantauan, bila tahap air di tangki ada di tahap tertentu, ia akan beri amaran kepada JANS, supaya mengisi balik tangki itu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Iftar Ramadan Bersama Anak Yatim anjuran Persatuan Pusat Bertauliah Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) Malaysia di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) pada Selasa.

Mustapha yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia menggesa pihak JANS supaya mempercepatkan pembinaan loji rawatan air tambahan yang sedang dilakukan di LRA Telibong 2.

Katanya, gesaan itu bertujuan bagi menyelesaikan masalah rakyat yang berdepan dengan isu ketiadaan bekalan air di kawasan Sapanggar.

“Rakyat perlu memahami punca berlakunya krisis air di kawasan berkenaan berikutan kerana ketidakcukupan sumber air dari loji rawatan air (LRA) Telibong dan LRA Moyog.

“Kedua-dua loji ini terpaksa beroperasi melebihi had yang sepatutnya.

“Jadi apa yang perlu dibuat sekarang ini, saya minta supaya JANS mempercepatkan projek LRA Telibong 2 supaya dapat memenuhi keperluan yang sedia ada.

“Tetapi untuk kita menampung untuk 20 tahun yang akan datang, kita perlukan sebuah empangan yang baru, itu yang kita perlu usahakan,” jelasnya.

Mustapha turut menyokong satu kenyataan Kerajaan Negeri baru-baru ini yang ingin membuat penstrukturan semula Jabatan Air Negeri Sabah.

“Kalau itu boleh membantu, saya menyokong supaya ada pendekatan drastik dibuat dan dapat menyelesaikan masalah air bukan sahaja di Sepanggar tapi di seluruh daerah di negeri Sabah ini,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Hajiji terima kunjungan hormat Penasihat Komuniti Puisi Esei Asean Denny JA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya