HomeUtamaLembaga Bandaran Kudat perlu teruskan kecemerlangan

Lembaga Bandaran Kudat perlu teruskan kecemerlangan

Read Time:2 Minute, 17 Second

KUDAT: Lembaga Bandaran Kudat diharap dapat meneruskan kecemerlangan sebagai salah sebuah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang terbaik di Malaysia.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam berkata, kejayaan Lembaga Bandaran Kudat yang telah memenangi beberapa anugerah cemerlang di peringkat Malaysia adalah sesuatu yang amat membanggakan bukan sahaja kepada penduduk daerah ini tetapi juga di Sabah.

Katanya, antara pencapaian terbaik Lembaga Bandaran Kudat ialah menerima Anugerah Sijil Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan (SPBPBT) dengan meraih lima bintang serta mendapat kedudukan nombor 33 di Malaysia dan nombor satu di Sabah, menyandang tempat ke-3 Kategori Daerah Seluruh Malaysia melalui SPBPBT, Pihak Berkuasa Tempatan terbaik bagi Kriteria Pengurusan melalui SPBPBT dan Berkuasa Tempatan terbaik bagi Kriteria Pengurusan Pelanggan melalui SPBPBT.

Selain itu, Lembaga Bandaran Kudat juga pernah memegang gelaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Terbaik bagi Kriteria Penyertaan Komuniti & Pandangan Penduduk melalui SPBPBT yang mana ia adalah antara lima terbaik di Malaysia menerima Anugerah Apresiasi Khas 2022, Bandar Keluarga Bahagia Kudat.

“Dengan Anugerah yang besar ini, kita sangat berbangga dengan pencapaian Lembaga Bandaran Kudat kerana mampu bersaing dengan Pihak Berkuasa Tempatan yang lebih besar dan maju daripada kita.

“Ahli Lembaga perlu bekerja keras dalam mengekalkan pencapaian yang telah di kecapi,” kata Dr. Joachim ketika merasmikan Majlis Upacara Angkat Sumpah Ahli Lembaga Bandaran Kudat bagi sesi Januari 2023-Januari 2025 yang diadakan di Grand Ballroom, Marina Resort Kudat, di sini, semalam.

Terdahulu, Dr. Joachim berkata, Ahli Lembaga Bandaran Kudat yang dilantik juga perlu mempunyai mentaliti berasaskan perniagaan supaya mereka juga dapat membantu Lembaga Bandaran Kudat untuk menjana pendapatan yang lebih.

“Lantikan ini bukanlah satu keistimewaan malahan ia merupakan satu amanah dan tanggungjawab yang penting untuk membantu penduduk di Kudat,” katanya, sambil menambah Kementerian berharap Ahli-ahli Lembaga akan terus komited dan amanah serta bekerjasama dalam menjalankan tugas dalam tempoh masa dua tahun ini.

Sementara itu, Pesuruhjaya Lembaga Bandaran Kudat, Rusdi Belun dalam ucapan alu-aluannya berkata, semua ahli perlu memainkan peranan yang besar dalam menjadikan daerah Kudat sentiasa kekal indah, bersih, lebih hijau, lebih selamat dan sentiasa membangun mengikut peredaran waktu.

Katanya, pelantikan ini bukanlah sebagai peluang untuk memenuhi kepentingan diri sendiri, rakan-rakan ataupun ahli keluarga masing-masing.

“Tanggungjawab dan amanah semua ahli adalah berat dan sangat penting untuk masa depan daerah Kudat. Ahli-ahli Lembaga perlu terus peka kepada keperluan dan kepentingan awam serta bertangungjawab untuk menyumbang idea dan kepakaran dalam memaju dan meningkatkan mutu perkhidmatan Lembaga Bandaran Kudat,” ujarnya.

Turut hadir, Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Isnin Aliasnih; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Kapor, Chong Chen Bin @ Ben Chong; ADUN Banggi, Mohammad Mohammarin; ADUN Matunggong, Datuk Julita Majungki, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian, Stanley Chong; Pegawai Eksekutif Lembaga Bandaran Kudat, Mumin Amsah, serta Ketua- ketua jabatan persekutuan dan negeri.

RELATED ARTICLES
EkonomiUtama

Capital A Hantar Pelan Pemulihan kepada Bursa Malaysia untuk Keluar dari...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular