SESB serah RM7.5 juta Zakat Perniagaan 2022

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 0 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) menyerahkan sebanyak RM7,505,667 zakat perniagaan bagi tahun 2022 kepada Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS).

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ir. Ts. Mohd Yaakob Jaafar berkata terdapat perbandingan sebanyak lima peratus jumlah zakat yang dibayar oleh SESB untuk haul 2021 berbanding haul 2020 iaitu pertambahan sebanyak RM 361, 372.

“Bagi haul 2020, jumlah Wakalah Zakat ialah RM893,036 dan SESB juga diberikan amanah untuk agihan Wakalah Zakat TNB berjumlah RM58,000 yang akan digunakan untuk pembinaan rumah Program Bainati Janati di Tanjung Aru serta Papar.

“Bagi haul 2021, jumlah Wakalah Zakat ialah RM938,208 berbanding dengan haul 2020 ialah sebanyak lima peratus iaitu RM45,172,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyerahkan Zakat Perniagaan SESB di Istana Seri Kinabalu di sini semalam.

Mohd Yaakob berkata, sebanyak 12 peratus daripada jumlah zakat yang dibayar oleh SESB dikembalikan semula kepada SESB dalam bentuk Wakalah Zakat untuk diagihkan kepada golongan yang layak mengikut kriteria yang ditetapkan.

Beliau turut memaklumkan beberapa Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) telah dirancang oleh SESB untuk mengagihkan Wakalah Zakat ini kepada golongan yang memerlukan.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *