HomeUtamaUDA salur sumbangan zakat kepada lima NGO, rai anak asnaf, yatim

UDA salur sumbangan zakat kepada lima NGO, rai anak asnaf, yatim

Read Time:1 Minute, 24 Second

Kuala Lumpur : UDA Holdings Berhad (UDA) menyalurkan sumbangan zakat berjumlah RM58,000 kepada anak asnaf dan yatim sekitar Lembah Klang menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) UDA Cares.

Sumbangan itu disampaikan kepada lima pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Pusat Jagaan Penyayang Nur Iman Kuala Lumpur, Pertubuhan Kebajikan Nur Syaheera Kuala Lumpur, Rumah Permata Hatiku, Rumah  Anak Yatim Shifa serta Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Baitu Saidati Khadijah.

Penyerahan sumbangan disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick dan disaksikan Presiden yang juga Ketua Pegawai Eksekutif UDA Datuk Sr Mohd. Salem pada Majlis Berbuka Puasa UDA Bersama Media, di Boathouse, Tasik Ampang, d sini, semalam. 

Daripada jumlah keseluruhan sumbangan itu, RM10,000 disalurkan kepada setiap NGO dan selebihnya sumbangan wang tunai kepada 40 anak asnaf dari Pusat Jagaan Penyayang Nur Iman Kuala Lumpur iaitu RM200 setiap seorang untuk persediaan sambutan Ramadan serta Hari Raya Aidilfiltri.

Ketika ditemui pemberita selepas majlis itu Ewon berkata, inisiatif tanggungjawab sosial korporat UDA Cares menyantuni anak-anak yatim, asnaf dan orang kurang upaya merupakan amalan murni yang perlu diteruskan.

“Ini adalah antara acara tahunan UDA Holdings dan saya juga amat menghargai usaha agensi-agensi lain dibawah kementerian saya yang turut melaksanakan program CSR masing-masing membantu masyarakat yang memerlukan.

“Saya berharap sumbangan ini dapat membawa keceriaan dan memberi makna kepada anak asnaf dan anak yatim menjelang lebaran tahun ini,” katanya.

Mengenai majlis itu, Ewon berkata ia bertujuan menghargai sokongan media terhadap UDA.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada pihak media atas sokongan berterusan dan berharap hubungan baik itu terus berkekalan.

“Terima kasih kepada semua pengamal media atas sokongan berterusan kepada UDA dan agensi-agensi lain di bawah kementerian,”katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Australia perkukuh hubungan kerjasama dengan Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya