HomeUtamaElak terjebak dengan skim penipuan 'scammer'

Elak terjebak dengan skim penipuan ‘scammer’

Read Time:1 Minute, 36 Second

Kota Kinabalu : Masyarakat di negeri ini khususnya di luar bandar diingatkan untuk tidak terjebak dengan skim penipuan atau ‘scammer’ yang bergiat aktif pada masa ini.

Ahli Parlimen Ranau Datuk Jonathan Yasin berkata, meskipun pelbagai program pencegahan dan penjelasan berhubung taktik jenayah itu telah dilaksanakan namun masih ada pihak yang tidak percaya mengenai kewujudan skim penipuan berkenaan. 

Beliau turut mendedahkan pernah menolak banyak permintaan dana oleh rakyat di kawasannya kerana meragui skim yang mahu disertai mereka kerana percaya ia adalah skim penipuan atau ‘scammer’.

“Sudah ramai yang menghubungi saya untuk minta dana untuk pelbagai skim tapi memang sengaja saya tidak layan permintaan itu kerana saya tahu macam-macam skim penipuan yang dikirim melalui Whatsapp, messenger, email dan lain-lain. 

“Saya bagi penjelasanpun masih tidak percaya,” katanya dalam perkongsian di akaun Facebooknya berkaitan jenayah scammer yang menimpa rakyat di kawasannya.

Ia berikutan laporan mengenai 22 kes penipuan Macau Scam membabitkan penduduk di daerah Ranau sebagai mangsa dengan kerugian RM1.9 juta sehingga awal tahun ini.

Jonathan yang juga bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri menasihatkan rakyat di kawasannya agar tidak terpedaya dan terjebak dengan skim penipuan atau ‘scammer’.

“Warga Ranau janganlah terjebak dengan Macau Scam. Lebih baik bekerja keras membanting tulang mencari rezeki dari ditipu dengan pelbagai skim,” katanya.

Dalam pada itu, Jonathan turut mendedahkan satu kes yang mana beliau pernah diajak ke Kuala Lumpur untuk bertemu orang tertentu dengan semua perbelanjaan termasuk tiket penerbangan ditaja berhubung satu bungkusan wang di Jabatan Kastam Kuala Lumpur.

“Suatu masa ada yang sanggup atur perbelanjaan saya  ke KL (Kuala Lumpur) kerana ada kononnya bungkusan duit dihantar ke Kastam KL, sanggup belikan saya tiket makan minum dan penginapan semata-mata untuk berjumpa dengan orang-orang di KL. 

“Saya kata ini skim penipuan, tapi masih tidak mahu mendengar. Akhirnya kawan ini rugi RM30K lebih semata-mata bayar caj kastam, bayar kos orang dan lain-lain. Lebih baik hindari skim penipuan ini,” katanya. – SABAH MEDIA.

RELATED ARTICLES
Utama

Kerjasama SPSB, DPW menjadikan Sabah sebagai hab transhipment

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya