HomeUtamaJauteh dilantik pemangku Pesuruhjaya Polis Sabah

Jauteh dilantik pemangku Pesuruhjaya Polis Sabah

Read Time:1 Minute, 26 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Datuk Jauteh Dikun dilantik sebagai pemangku Pesuruhjaya Polis Sabah berkuat kuasa hari ini bagi mengambil alih tugas daripada Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Idris Abdullah yang akan bersara wajib esok.

Majlis Serah Tugas yang berlangsung di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah di sini, disaksikan Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.

Idris menjawat jawatan Pesuruhjaya Polis Sabah selama setahun enam bulan bermula 2 September 2021 bagi menggantikan Datuk Seri Hazani Ghazali yang dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman.

Dalam pada itu, turut berlangsung majlis serah terima tugas Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Kontinjen Sabah antara isteri Idris, Datin Suraya Zainal kepada isteri Jauteh, Datin Norhayatie Farhana Abdullah, sebagai pemangku tugas berkenaan.

Acryl berkata, beliau mewakili Kerajaan Malaysia dan Polis diraja Malaysia (PDRM) mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada Idris yang telah berkhidmat selama 35 tahun dalam pasukan Polis dengan perkhidmatan yang terbaik.

“Diucapkan selamat bersara kepada Datuk Idris,” katanya pada sidang media selepas menyaksikan majlis berkenaan.

Beliau turut memberitahu bahawa beliau yakin dengan kemampuan Jauteh sebagai pemangku tugas Pesuruhjaya Polis Sabah akan memberikan perkhidmatan yang terbaik dalam menjaga keselamatan di negeri ini.

“Jauteh, saya percaya pengalaman yang telah beliau perolehi selama ini amat luas dalam pelbagai tugas bidang yang beliau telah lalui saya percaya dan yakin negeri sabah ini berada di tangan yang betul untuk dikendalikan, daripada aspek keselamatan, aspek keharmonian sosial kesejahteraan rakyat Sabah yang penuh dengan cabaran di negeri ini.

“Dan dengan kemampuan yang ada pada beliau, beliau mampu didokong dengan semangat kerja yang mantap daripada seluruh anggota kontinjen polis negeri Sabah.

“Saya percaya tidak lama lagi PDRM Sabah akan mengumumkan pelantikan rasmi jawatan Pesuruhjaya Sabah,” tambah beliau.

RELATED ARTICLES
Utama

Pendidikan berlandaskan Al-Quran teras lahir modal insan perkasa bangsa, negara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya