HomeUtamaMasidi terima kunjungan delegasi kedutaan AS

Masidi terima kunjungan delegasi kedutaan AS

Read Time:50 Second

Kota Kinabalu : Delegasi Kedutaan Amerika Syarikat yang diketuai Kaunselor Ekonomi Susan Riggs semalam mengadakan kunjungan hormat kepada Menteri Kewangan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun.

Pada kunjungan yang diadakan di pejabatnya di Menara Kinabalu di sini, Masidi telah berkongsi pandangan mengenai perkembangan ekonomi, politik dan sosial semasa Sabah.

Selain itu, Masidi turut berkongsi pandangan dengan delegasi itu berhubung rancangan Kerajaan Negeri yang akan datang dan masa depan.

 “Saya gembira Sabah mengekalkan hubungan kerja dan sosial yang baik dengan Amerika Syarikat.

“Saya mengalu-alukan delegasi dari Kedutaan AS dengan harapan lebih banyak peluang perniagaan dan ekonomi Amerika Syarikat-Sabah akan menjadi kenyataan dalam masa terdekat,” katanya.

Isu dan topik lain yang dibincangkan semasa kunjungan itu termasuklah mengenai industri pelancongan Sabah, perkembangan masa depan, pengeluaran dan bekalan tenaga, keselamatan makanan, industri minyak dan gas, komunikasi digital, pembuatan dan perkara yang melibatkan kepentingan awam.

Hadir sama, Pegawai Ekonomi Kedutaan AS, Michael Marcous, Pakar Ekonomi, Sharon Tan dan Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan, Datuk Mohd Sofian Alfian Nair. – SABAH MEDIA.

RELATED ARTICLES
Utama

Malaysia: Rakyat Derita Kesihatan Mental  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya