HomeSukanPiala MFL : Sabah FC sekadar catat keputusan seri di laman sendiri

Piala MFL : Sabah FC sekadar catat keputusan seri di laman sendiri

Read Time:1 Minute, 32 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Sabah FC sekadar mencatat keputusan seri 1-1 pada aksi perlawanan Piala MFL kumpulan A menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) II di Stadium Likas malam ini.

Sebaik wisel pertama ditiup, Sabah FC tidak menunggu lama untuk mengatur serangan ke gawang pasukan pelawat dengan beberapa percubaan bahaya.

Selang enam minit perlawanan, pasukan pelawat tidak memberi ruang kepada Sabah FC untuk membuat percubaan apabila skuad kendalian Echeverria Mariano Raul itu pantas melakukan serangan kegawang pasukan tuan rumah.

Serangan demi serangan yang dilakukan pemain JDT II ke gawang Sabah FC itu akhirnya membuahkan hasil apabila Gabrie Nistelrooy Anak Tamin berjaya menjaringka gol pertama selepas menerima bola hantaran Umar Hakeem pada minit ke-15 menjadikan kedudukan berubah 1-0.

Enggan berputus asa, Sabah FC kembali mengatur serangan ke gawang JDT II apabila pemain tuan rumah Rusdi Roslan membuat percubaan dari jarak jauh pada minit ke-26 namun sepakannya tinggi melewati pasukan JDT II.

Lima minit berselang, JDT II hampir menambah jariangan menerusi percubaan Umar Hakeem pada minit ke-31 selepas bola hantaran pemain import tuan Njoku Jacob terlepas namun sepakkan Umar itu tersasar ke tepi gawang Sabah.

Tamat masa rehat, Sabah FC akhirnya berjaya menyamakan kedudukan apabila skuad Johnny Dominicus itu dihadiahkan sepakan penalti selepas Mohamad Sahrizan Saidin dijatuhkan didalam kotak penalti JDT II.

Sepakan penalti mudah disempurnakan Njoku Jacob pada minit ke-50 mejadikan kedudukan berubah menjadi 1-1.

Pasukan pelawat sekali lagi hampir menambah gol kedua selepas pengadil perlawanan Mohamad Nawal Mohamad Zubir menghadiahkan sepakan penalti kepada JDT II apabila berlaku tarikan ke atas pemain JDT II.

Bagaimanapun, sepakan yang disempurnakan Daryl Sham itu berjaya ditolak keluar penjaga gol Sabah FC Fahmi Ikhwan Muhamad Azmi pada minit ke-83.

Kedudukan itu kekal sehingga tamat perlawanan dan Sabah FC hanya berjaya meraih satu mata di gelanggang sendiri. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

Sabah FC tampil dengan jersi ‘Tagap’ musim ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular