HomeUtamaKerajaan tangani isu tiada bekalan air sempena Ramadan

Kerajaan tangani isu tiada bekalan air sempena Ramadan

Read Time:1 Minute, 15 Second

KOTA KINABALU: Aduan mengenai isu ketiadaan bekalan air di beberapa kawasan di negeri ini akan cuba ditangani dengan kadar segera.

Sejak awal Ramadan, beberapa kawasan mengalami masalah ketiadaan bekalan air sehingga wujud kumpulan yang ingin mengadakan demonstrasi di Ibu Pejabat Jabatan Air Negeri pada Isnin.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, kerajaan melalui agensi berkaitan akan mencari jalan sebaik mungkin untuk mengatasi masalah ini.

Beliau yakin Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) dan pegawai-pegawainya akan mencari punca sebenar kepada masalah ini yang mungkin berpunca daripada kebocoran, kecurian air mahupun agihan bekalan yang tidak selaras.

“Saya faham keadaan ini, masalah air di sana sini dan saya yakin menteri bertanggungjawab akan melihat isu ini secara lebih serius.

“Jadi kita minta rakyat bersabar sedikit, kita akan berusaha untuk menghantar lori-lori air ke taman-taman perumahan yang tidak mempunyai bekalan air sempena Ramadan,” katanya selepas majlis penyampaian sumbangan kepada golongan asnaf dan ibu tunggal di Masjid Jamek Putatan pada Rabu.

Ditanya mengenai langkah penstrukturan JANS, Hajiji berkata, perkara itu akan difikirkan kemudian untuk mencari kaedah penyelesaian jangka masa panjang.

Pada Isnin, sekumpulan penduduk Sepanggar dikatakan ingin mengadakan demonstrasi aman bagi mendesak JANS menyelesaikan masalah ketiadaan bekalan air di kawasan Parlimen tersebut.

Namun, demonstrasi itu tidak berjalan seperti dirancang apabila Ahli Parlimen Sepanggar, Mustapha Sakmud menasihatkan penduduk di kawasan tersebut untuk berbincang menerusi sesi dialog dengan JANS dan bukannya berdemonstrasi.

Menurut Mustapha, bagi menstabilkan bekalan air di Sepanggar dan juga kawasan-kawasan lain di Sabah, kaedah berdialog lebih konstruktif berbanding berdemonstrasi.

RELATED ARTICLES
Utama

Klinik Mesra Remaja beri penekanan kesejahteraan remaja secara menyeluruh

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya