HomeUtamaKongsi rezeki Ramadan, SICC santuni 50 pelajar tahfiz

Kongsi rezeki Ramadan, SICC santuni 50 pelajar tahfiz

Read Time:1 Minute, 47 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Seramai 50 pelajar dari Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran As-Syatibiyah, Masjid USIA Kota Kinabalu dan Ma’had Tahfiz Miftahul Ulum Tanjung Aru diraikan dalam satu Program Berbuka Puasa anjuran Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini, malam tadi.

Ketua Pegawai Eksekutif SICC, Datuk Rosmawati Lasuki berkata, program itu juga adalah bersempena Majlis Malam Apresiasi dan Kesyukuran atas pencapaian SICC selama tiga tahun dan baru setahun beroperasi sepenuhnya.

“Program ini diadakan bagi meraihkan warga kerja SICC yang telah menerima dua Anugerah Pencapaian Inspirasi The BrandLaureate Sustainable Business & Brands 2022-2023 untuk Perkhidmatan – Pusat Konvensyen Pelbagai Fungsi serta The BrandLaureate Brand Leadership Award 2023, majlis penyampaian anugerah itu berlangsung di Kuala Lumpur baru-baru ini.

“Jadi kita menghargai kerja keras yang disumbangkan oleh semua warga kerja SICC,” katanya ketika ditemui pemberita semasa Majlis Berbuka Puasa di SICC malam tadi.

Rosmawati berkata, pada majlis itu, SICC juga turut menyantuni seramai 650 orang terdiri semua pelanggan setia yang selalu mengadakan acara di SICC dan juga rakan kongsi strategik serta pegamal media.

“Hari ini juga kita ada buat program tanggungjawab sosial korporat (CSR) menjemput seramai 50 anak-anak tahfiz dari Kota Kinabalu dan Tanjung Aru.

“Sebagai anak syarikat Yayasan Sabah, Kami di SICC selalu mementingkan rakyat dan kami mahu setiap peringkat dapat merasai dan menikmati sendiri bagaimana menjamu 700 jenis juadah yang kami sediakan, jadi dengan adanya SICC semua lapisan rakyat boleh merasa, InsyaAllah.

“Kali ini kami menampilkan pelbagai jenis menu dari dalam dan luar negara, tidak ketinggalan menu Diraja, itulah kami mahu semua peringkat dapat menikmatinya dan semuanya ada di SICC,” katanya.

Beliau turut memberitahu bermula malam ini (31 Mac) program berbuka puasa SICC dan tempahan sudahpun penuh untuk hari ini iaitu seramai 1500 pelanggan akan datang untuk menjamu 700 juadah berbuka yang disajikan.

“Musim ini kita ada Ramadan Buffet dari jam 5 petang hingga 9.30 malam, dari 9 malam hingga 10.30 Moreh serta Sahur jam 10.30 malam hingga jam 2 pagi.

“Manakala 7 hingga 19 April ini akan diadakan Borneo Mega Fest, mempamerkan produk-produk selain Sabah, ada dari Brunei, Labuan dan Sarawak akan hadir pada program itu,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Jangan terikut-ikut provokasi pihak pertikai perlantikan Tun Musa

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular