HomeIsu tempatanJPKK diseru sentiasa jalin hubungan baik dengan rakyat

JPKK diseru sentiasa jalin hubungan baik dengan rakyat

Read Time:1 Minute, 6 Second

Tamparuli : Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) khususnya di daerah ini diseru untuk sentiasa menjalin hubungan yang baik dengan rakyat tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik mereka. 

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Jahid Jahim berkata, kesejahteraan dan keharmonian rakyat disuatu kawasan mestilah menjadi keutamaan pimpinan khususnya diakar umbi.

“Sebagai pemimpin yang paling dekat dengan masyarakat di peringkat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN), Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) bertanggungjawab memastikan keberkesanan peranan JPKK sebagai mata dan telinga kepada kerajaan di peringkat kampung. 

“Saya ingin menyarankan kepada UPPM di DUN Tamparuli khususnya untuk sentiasa memantau perjalanan gerak kerja setiap JPKK dalam mengurus keperluan penduduk kampung,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan JPKK bagi DUN Tamparuli di sini semalam.

Jahid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamparuli turut berharap dengan pelantikan JPKK yang baharu akan dapat melaksanakan tugas yang diamanajkan dengan penuh dedikasi dan berintegriti demi kebaikan masyarakat di kawasan DUN Tamparuli.

“Semoga kerjasama serta komitmen yang tinggi juga dapat diberikan dalam membantu komuniti di lokaliti kampung masing-masing dalam memastikan pembangunan kampung dan warganya adalah seiring dengan pembangunan Negeri Sabah.  

‘Saya juga menyeru agar semua JPKK yang dilantik turut bersikap proaktif dan berganding bahu dalam membantu  kerajaan untuk merealisasikan semua perancangan bagi meningkatkan pembangunan sosio ekonomi penduduk di Tamparuli,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Remaja reka cerita ‘diculik’ kerana enggan hadiri kelas mengaji

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya