HomeUtamaOps Serkap sindiket pemalsuan dokumen Permit Masuk, 6 di tahan

Ops Serkap sindiket pemalsuan dokumen Permit Masuk, 6 di tahan

Read Time:2 Minute, 41 Second

KOTA KINABALU: Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sabah (JIM Sabah) telah berjaya menumpaskan satu sindiket pemalsuan dokumen Permit Masuk melalui satu Operasi Bersepadu Serkap pada 29 Mac 2023 lebih kurang jam 10.35 malam melibatkan seramai enam orang pegawai penguatkuasa dan Unit risikan Jabatan Imigresen Sabah.

Pengarah Imigresen Negeri Sabah Datuk Sharifah Sitti Saleha Habib Yussof, objektif utama operasi ini dilaksanakan adalah untuk mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas aktiviti pemalsuan dokumen terutamanya melibatkan warga asing khususnya di Negeri Sabah.

Katanya, hasil risikan dan pemantauan pegawai penguatkuasa selama sebulan, serbuan pertama telah dibuat di sebuah rumah tidak bernombor di Kg Sembulan Lama.

“Pemeriksaan yang dijalankan mendapati seramai tiga orang lelaki dan dua orang wanita berusia lingkungan 24 tahun hingga 52 tahun yang masing-masing didapati memiliki Permit Masuk yang disyaki palsu ditahan dalam serbuan ini JIM Negeri Sabah telah berjaya merampas sebanyak 28 keping permit masuk disyaki palsu, surat Arahan Pembayaran Permit Masuk yang disyaki palsu (16 keping), resit pembayaran Permit Masuk yang disyaki palsu (15 keping), wang tunai sebanyak RM 2,268.00.

“Turut dirampas Komputer Riba (2), Telefon Pintar (4), borang permohonan IMM13 yang disyaki palsu ( 28 keping), Stampad (Biru dan Hitam) (2), resit pembayaran Pendaftaran MyKad yang disyaki palsu (1) dan cabutan daftar kad pengenalan yang disyaki palsu (1).

“Serbuan kali kedua juga dibuat dengan penangkapan seorang wanita berusia 59 tahun di kawasan Riverside Sembulan pada 30 Mac 2023 lebih kurang jam 1 petang terhadap wanita tersebut telah ditemui 18 keping resit pembayaran Pendaftaran Kad Pengenalan MyKad yang disyaki palsu dan wang tunai sebanyak RM 744.00.

“Tangkapan wanita tersebut telah membawa kepada penggeledahan di sebuah rumah di sekitar Kuata Menggatal dan telah ditemui dan lapan keping resit rasmi, pembayaran Jabatan Imigresen Malaysia (8 keping) Surat Arahan Pembayaran Permit Masuk yang disyaki palsu, 15 keping Borang Permohonan Kad Pengenalan lengkap dengan gambar dan cap jari dan dua keping borang permohonan Kad Pengenalan semua dokumen disyaki palsu,” katanya pada sidang media yang diadakan di Pejabat Imigresen Malaysia, Sabah di sini hari ini.

Menurut Sharifah Sitti Saleha, modus operandi sindiket ini menawarkan Permit Masuk kepada warga asing secara berperingkat bermula dengan bayaran sekitar RM100.00 sehingga RM800.00.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 55D dan Seksyen 56 (1) (1) Akta Imigresen 1959 / 63: Sindiket ini disyaki telah beroperasi sejak April 2022 dan disyaki telah mengaut keuntungan sekitar RM 60,000-100,000,” katanya.

Beliau berkata, JIM Negeri Sabah akan terus komited mempergiat operasi seperti ini dari semasa ke semasa dalam usaha untuk membanteras kegiatan yang menyalahi undang-undang dan peraturan-peraturan Imigresen yang berkuatkuasa.

“Kita sedang menyiasat suspek yang ditahan, kita perlu mengesahkan dokumen-dokumen yang mereka gunakan ketika ini termasuk juga daripada Jabatan Pendaftaran Negara.

“Dalam pada itu, kita juga dapati ada seorang tangkapan yang menjadi rujukan utama disebalik sindiket ini,” tambahnya.

Beliau turut menegaskan JIM Negeri Sabah tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang melanggar undang-undang Imigresen serta tindakan tegas termasuk memastikan hukuman berat akan dikenakan kepada mereka yang terlibat.

“Jabatan ini memohon kerjasama orang awam untuk melaporkan sebarang kegiatan atau aktiviti sindiket seumpama ini kepada pihak berkuasa khususnya jabatan ini dan dinasihati untuk tidak terlibat melindungi mereka yang menyalahi undang-undang, perlu diingatkan dalam hal menjaga keselamatan negara adalah tanggungjawab bersama,” tegasnya.

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular