HomeIsu tempatanKo-Nelayan agih 1,000 bungkusan bubur daging sempena Ramadan

Ko-Nelayan agih 1,000 bungkusan bubur daging sempena Ramadan

Read Time:56 Second

Kota Kinabalu : Sebanyak 1,000 bungkusan bubur daging diagihkan kepada kakitangan Korporasi Kemajuan Perikanan dan Nelayan Sabah (Ko-Nelayan) di sini semalam.

Program agihan anjuran Badan Kebajikan Kakitangan Islam Ko-Nelayan (BAKIK) itu turut mengagihkan bubur kepada warga Wisma Pertanian dan masjid-masjid berhampiran.

Yang DiPertua BAKIK  Salleh Obong berkata, program itu merupakan acara tahunan yang dianjurkan pihaknya dengan menyasarkan kakitangan Ko-Nelayan dan masyarakat setempat.

“Kita juga menyasarkan kepada mereka yang telah bersara selain turut bekerjasama menyediakan bahan-bahan dan memasak bubur daging tersebut.

“Sambutan yang kita terima pada tahun ini dilihat amat menggalakkan berbanding tahun sebelumnya dimana seperti kita maklum, beberapa tahun lalu kita telah berdepan dengan pandemik COVID-19,”katanya kepada Sabah Media di sini.

Salleh yang juga Penolong Pengurus Besar (Perancangan dan Pembangunan Strategik)  berkata, objektif penganjuran program itu adalah untuk bersedekah kepada masyarakat pada bulan Ramadan.

Selain itu katanya, ia juga dapat menyemarakkan lagi semangat kerjasama dan silaturrahim di kalangan ahli-ahli BAKIK serta kakitangan Ko-Nelayan.

Terdahulu, agihan bubur daging itu disempurnakan Pengerusi Ko-Nelayan Kong Soon Choi dan turut diiringi Pengurus Besar Ko-Nelayan Yusof Ag Besar. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Penyertaan julung kali bawa tuah, Velvet Aduk dinobat juara CLAS-15

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular