HomeUtamaRakyat Sabah diajak bersatu tunjuk solidariti sokong ESSCOM sempena ulang tahun ke...

Rakyat Sabah diajak bersatu tunjuk solidariti sokong ESSCOM sempena ulang tahun ke -10

Read Time:2 Minute, 35 Second

KOTA KINABALU: Seluruh rakyat Sabah tanpa mengira bangsa dan agama diminta bersatu menunjukkan solidariti dan menyatakan sokongan terhadap peranan yang dimainkan oleh ESSCOM dalam mengekal dan meningkatkan tahap keselamatan serta menjaga kedaulatan negeri itu demi kesejahteraan hidup rakyat, khususnya di bahagian pantai timur Sabah.

Ketika membuat gesaan itu, Penasihat Pertubuhan Pencegahan Dadah dan Jenayah Sabah (PPDJS), Mohd Zaki Harry Susanto berpendapat “ucapan Kounsikou” atau terima kasih kepada ESSCOM merupakan hadiah terbaik dan paling sesuai dilafazkan bagi menghargai sumbangan ESSCOM yang menyambut ulang tahun ke -10 pada 1 April ini.

Menurut Zaki penubuhan ESSCOM pada 1 April 2013 merupakan langkah tepat kerajaan persekutuan dalam memastikan kedaulatan negara serta kesejahteraan hidup masyarakat khasnya di Pantai Timur Sabah sentiasa terpelihara.

Beliau berkata pujian juga harus diberikan kepada Perdana Menteri Malaysia ketika itu Datuk Seri Najib Tun Razak atas keberanian beliau membuat keputusan drastik dan pantas untuk menubuhkan ESSCOM walaupun menerima kritikan daripada pelbagai pihak yang menganggapnya sebagai satu pembaziran.

“Kewujudan ESSCOM terbukti berupaya mengekang jenayah rentas sempadan sekaligus mengawal anasir negatif di kawasan pesisir Pantai Timur Sabah. Selama satu dekad, ESSCOM memainkan peranan yang amat penting malah sejak lima tahun kebelakangan ini, tiada lagi kedengaran kes penculikan atau ‘Kidnapping For Ransom’ (KFR) yang sekaligus mencerminkan keupayaan sebenar dan kejayaan ESSCOM.

“Pun begitu, kita mengharapkan tumpuan ESSCOM bukan hanya kepada ancaman di kawasan sempadan negara dengan Filipina tetapi juga perlu fokus kepada sempadan laut serta darat dengan Indonesia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Zaki mencadangkan
agar satu batalion baharu PGA atau tentera ditubuhkan di Kalabakan sebagai persediaan awal kepada limpahan aktiviti rentas sempadan susulan perpindahan ibu negara Indonesia ke Nusantara di Kalimantan.

“Mungkin juga kita boleh mewujudkan Pasukan Kawalan Sempadan yang bertindak mengawal sempadan negara dengan Indonesia di Sabah sepertimana peranan yang pernah dilaksanakan oleh ‘Border Scout’ di pedalaman Sabah sedikit masa lalu.

“Pasukan itu nanti boleh menggunakan keanggotaan dari kalangan anak tempatan yang sekaligus membuka ruang kepada mereka untuk menabur bakti di negeri sendiri,” katanya.

Zaki berkata rata-rata rakyat Sabah kini semakin yakin dengan keupayaan ESSCOM dan berharap agensi penyelaras itu terus beroperasi di bumi Sabah.

Selain sifar kes penculikan sejak enam tahun yang lepas, Zaki yang juga bekas pegawai kanan polis berkata kes pendatang tanpa izin yang cuba menyelinap ke tanah besar Sabah juga berkurangan hasil kawalan ketat anggota keselamatan ESSCOM termasuk perintah berkurung di perairan pantai timur pada waktu malam setiap hari. Pun begitu, Zaki turut berharap titik akhir perintah berkurung tersebut dilanjutkan sehingga ke kawasan Kalabakan.

Sempena sambutan ulang tahun ke-10, beliau turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua petugas dan bekas pegawai ESSCOM termasuk yang datang dari Semenanjung dan Sarawak yang bertungkus lumus menjayakan misi murni kerajaan Persekutuan bagi memastikan lebih 3 juta penduduk Sabah hidup selamat, aman damai dan harmoni.

Selepas insiden Tanduo, ESSCOM diberikan tanggungjawab melindungi keselamatan Zon Selamat Sabah Timur (ESSZONE) daripada sebarang bentuk ancaman keselamatan termasuk di kawasan perbatasan dan perairan Pantai Timur Sabah.

Penduduk dan masyarakat berada di dalam wilayah berkenaan dikenali sebagai komuniti ESSZONE.

ESSZONE meliputi 10 daerah di Pantai Timur Sabah, iaitu Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.

RELATED ARTICLES
Utama

22 rumah musnah dalam kebakaran di Batu 3 Sandakan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya